Majlis Aspresiasi UPM

26/8/2018 - Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Majlis Aspresiasi Fasilitator Kokurikulum Berkredit UPM di Hotel Bangi Putrajaya. Pada majlis tersebut Cikgu Idris telah dinobatkan sebagai Pengajar Terbaik Kokurikulum UPM untuk Persatuan Silat Seni Gayong UPM. Turut disampaikan anugerah Fasilitator Terbaik, Pengajar Terbaik, Projek Mega Terbaik, Penajaan Terbaik dan Media Terbaik daripada 120 pencalonan fasilitator kokurikulum UPM dalam pelbagai kursus.
Tahniah Cikgu dan juga Persatuan Silat Seni Gayong UPM. Moga terus maju.




SILAT GAYONG DI BUMI PALESTIN

Alhamdulillah, Ahmad antara salah seorang warga asing yang menuntut ilmu silat gayong di PLKU telah membawa ilmunya ke negaranya di Palestin dengan membuka gelanggang disana dan mengajar anak-anak muda disana. Semoga dengan semangat gayong, dapat melahirkan pejuang.



Program Ukhwah Dan Ujian Kenaikan Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti

22/4/2018 - "Program Ukhwah Dan Ujian Kenaikan Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti"
Alhamdulillah, program silaturahim antara Gayong PASAK Singapura dan PLKU dan juga Ujian kenaikan bengkong hitam berjalan dengan lancar. Atas kehendak Allah S.W.T yang mempertemukan PASAK dan PLKU menjadi satu sejarah PLKU yang penting kepada jurulatih dan ahli serta kepada pengukuhan perjuangan gayong. Program yang berlangsung selama 2 hari di PLKU ini melibatkan rombongan guru lama PASAK Singapura yang diketuai sendiri oleh Cikgu/Abang Rahim Husain (anak kandung kepada arwah Pak Husain Kaslan), Cikgu/Abang Salleh, Cikgu/Abang Abdullah, CIkgu/Abang Zainuddin, Cikgu/Abang Awang dan Cikgu/Kak Mai. Pengisian pada hari pertama adalah lebih kepada bagaimana perjuangan PASAK di Singapura dari dulu hingga sekarang, penerbitan sebuah jilid khas mengenai PASAK dan kesukaran yang dihadapi PASAK bagi mengembangkan ilmu gayong di kota Singa itu. Rombongan guru lama itu juga menceritakan detik-detik manis bersama arwah Pak Husain Kaslan.
Pada hari kedua, program ini diisi dengan ujian kenaikan bengkong hitam bagi jurulatih yang layak. Seramai 24 orang gurulatih dan jurulatih yang diketuai oleh Cikgu Idris sendiri telah menjalani latihan intensif selama hampir 9 bulan bagi menghadapi ujian ini. Latihan intensif/khas itu dikendalikan sendiri oleh Cikgu/Dato' Saharuddin mengikut pelajaran yang diterima oleh beliau melalui arwah Pak Husain Kaslan pada suatu ketika dahulu. Peserta diuji mengikut silibus yang ditetapkan dan diuji sendiri oleh Cikgu/Abang Rahim Husain dibantu oleh Cikgu/Kak Mai. Pahit getir selama 9 bulan menjalani latihan intensif akhirnya terbalas dengan kesemuanya lulus ujian pada hari tersebut. Semoga pemegang bengkong Hitam Pelangi Chula Sakti ini menjalani amanah dengan baik seperti mana yang telah disampaikan amanat oleh Cikgu/Abang Rahim. Majlis yang berlangsung dari awal pagi hingga ke petang itu ditutup dengan penyampaian bengkong dan sandang. Suasana hiba dan sebak apabila guru lama berpelukan antara Cikgu/Dato' Saharuddin dan rombongan PASAK yang mana pernah menjadi rakan segelanggang semasa Cikgu/Dato' Saharuddin berguru di Singapura. Insyaallah dengan pertemuan ini, hubungan silaturahim akan terus terjalin. (rombongan PASAK turut disertai wakil dari PASAK Melaka).






Kursus Pembantu Gurulatih

25/3/2018 - Seramai 21 peserta dari gelanggang lain-lain IPT telah menyertai Kursus Pembantu Jurulatih. Program yang berlangsung dari awal pagi hingga ke lewat petang itu dikendali sendiri oleh Cikgu Idris, Cikgu Aqtar dan Cikgu Mazlan. Antara intipati kursus ini ialah pengurusan gelanggang,silibus, pemantapan fizikal, pengurusan masa dan lain-lain.



PLKU Menyertai Himpunan RELA

10/3/2018 - Seramai 64 ahli PLKU telah menyertai Hari Ulang Tahun (HUT) RELA yang ke 46 yang telah diadakan di MAEPS, Serdang. Himpunan tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia. Untuk pengetahuan, PLKU telah lama menjalinkan hubungan RELA dan telah menyertai pelbagai aktiviti bersama. Didalam RELA, PLKU dikenali sebagai Briged Gayong RELA. 




Lawatan Cikgu Ismail PASAK Singapura

10/3/2018 - Menerima kunjungan daripada Cikgu Ismail Pasak Singapura bersama isteri. Beliau sempat berkongsi pengalaman dan juga nasihat kepada ahli PLKU. Insyaallah akan ada program ukhwah bersama Cikgu Ismail pada tahun ini. Turut bersama Dato' Saharuddin/Cikgu D