Pertandingan Seni Mempertahankan Diri (SMDKL17)

17 September 2017 - Seramai 8 ahli dari PLKU telah menyertai Pertandingan Seni Mempertahankan Diri (SMDKL17) anjuran PSSGM Wilayah Persekutuan di Universiti Malaya. Antara acara yang dipertandingkan ialah Kunci Mati, Pentas Simbat, Pentas Bebas, Pentas Keris dan Seni Lompatan.

Klik untuk melihat video rangkumannya SMDKL17




Disebalik Tabir Persembahan Sukan Sea

DI SEBALIK TABIR PERSEMBAHAN SILAT GAYONG PLKU DI MAJLIS PEMBUKAAN SUKAN SEA KE-29

Pada awal tahun 2017, setelah PLKU dijemput untuk mempersembahkan Silat Gayong di pentas antarabangsa Sukan Sea ke-29, gurulatih-gurulatih bertungkus-lumus berusaha menyatukan ahli-ahli terutamanya ahli-ahli dari IPT yang bernaung di bawah PLKU termasuk dari UniKL MFI, UKM, GMI, MIAT, IPIK dan UNITEN untuk menubuhkan satu skuad persembahan seramai 100 orang.
Siapa sangka, latihan kami berlangsung selama 4-5 bulan, memerlukan komitmen yang sangat tinggi untuk menyempurnakan misi demi mengangkat negara Malaysia di mata antarabangsa. Latihan di UKM empat kali seminggu, seterusnya kami dibawa berlatih dan membuat raptai di Kompleks MSN Setiawangsa selama sebulan, dan akhirnya kami dibawa berlatih dan membuat raptai juga di Stadium Bukit Jalil selama dua minggu sehingga tibanya Majlis Pembukaan Sukan Sea ke-29.
Walaupun penat, sedikit urusan kerja diketepikan, berpanas hujan, tempat latihan yang agak jauh bagi sesetengah ahli, kami tetap bersemangat dan bangga dengan apa yang kami lakukan demi Malaysia tanah tumpahnya darah. Kenangan manis ini takkan kami lupa sampai akhir hayat.
“KATA BERSAHUT, GAYONG BERSAMBUT”
“NEGARAKU MALAYSIA!”








PLKU DI MATA DUNIA

19 Ogos 2017 - Persembahan dari pesilat-pesilat dari PLKU bersempena Pembukaan Sukan Sea yang ke 29 di Stadium Bukit Jalil. Turut bersama adalah dari Persatuan Wushu dan Silambam. Seramai 105 pesilat dari PLKU telah menjayakan Acara Pembukaan Sukan Sea di Stadium Bukit Jalil. Sila klik pada link untuk melihat video Klip Video