Karnival Sukan Silat sempena Hari Sukan Negara 2016

9 Oktober 2016 - Salam segayong.. Alhamdulillah pada 9 Oktober 2016 telah berlangsung Karnival Sukan Silat bersempena Hari Sukan Negara yang telah diadakan di kompleks sukan German Malaysian Institute. Dihadiri hampir 700 orang termasuk ibu bapa. Aktiviti dimulakan seawal 8 pagi dengan Senam Silat kemudian persembahan beramai-ramai dimulai dengan kelincahan pendekar-pendekar kecil kita, kemudian persembahan dari remaja, pelajar IPT, dewasa dan seterusnya dari Jurulatih serta Gurulatih turut membuat persembahan. Pertandingan kecergasan dan pertandingan seni kepada pesilat-pesilat kecil. Syabas dan tahniah pada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak bagi menjayakan program pada kali ini. Dan ucapan tahniah khas kepada ibu bapa yang menyokong program ini dari awal hingga ke akhir. Berikut adalah aksi-aksi yang sempat dirakamkan. Tahniah pada semua, terima kasih. Insyaallah tahun depan ada lagi, iye ke idok?







Lawatan Dari Cikgu Sunny (Gayong Australia)

3 September 2016 - Alhamdulillah, PLKU telah menerima kunjungan daripada rombongan Cikgu Sazali dan juga Cikgu Sunny. Terima kasih cikgu diatas ucapan, kata-kata semangat dan nasihat yang telah diberikan kepada kami. Semoga ukhwah dan silaturahim terus utuh.





Rumah Terbuka Aidilfitri PLKU 2016

30 Julai 2016 - PLKU telah menganjurkan Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri. Bertemakan Busana Melayu, rumah terbuka dihadiri hampir semua gelanggang naugan PLKU. Bermacam juadah makanan disediakan. Pada malam tersebut turut disajikan dengan pelbagai acara seperti persembahan dari pesilat-pesilat, busana terbaik dan lain-lain.