Lawatan ke Taiping dan Batu Kurau

21-22 Mei 2016 - PLKU telah menganjurkan satu rombongan ke Taiping dan Batu Kurau, Perak. Rombongan selama dua hari bergerak seawal pagi pada hari sabtu ke arah Taiping terlebih dahulu bagi menyempurnakan misi yang pertama iaitu menukar plak dimakam Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman dengan yang baharu. Setelah selesai memasang plak baharu, kami sempat ziarah makam Daeng Kuning dan rombongan terus bergerak ke Batu Kurau iaitu ke rumah Pak Ngah Izhar, kami bermalam dirumah Pak Ngah dan berlatih disana. Alhamdulillah rombongan kami selamat pergi dan balik.









Ujian Kenaikan Bengkong Berpusat Peringkat Kanak-Kanak

15 Mei 2016 - Alhamdulillah selesai sudah Ujian Kenaikan Bengkong Berpusat bagi peringkat Kanak-Kanak di padang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dan membantu secara langsung atau tidak langsung.





Ujian Kemahiran Menembak RELA (UKMR)

30 April 2016 - Pada 30 April hingga 1 Mei telah berlangsung Ujian Kemahiran Menembak Rela (UKMR) yang dianjurkan oleh Rela Daerah Gombak di Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Sungai Udang, Melaka. Seramai 18 org anak Gayong dari IPT dan PLKU yang diketuai oleh Cikgu Idris telah menyertai kursus ini..BERSEDIA BERJASA.






Majlis Ikrar dan Perlimau Tapak

24 April 2016 - PLKU telah mengadakan majlis perlimau tapak bagi peringkat pelajar IPT