Karnival Sukan Silat sempena Hari Sukan Negara 2016

9 Oktober 2016 - Salam segayong.. Alhamdulillah pada 9 Oktober 2016 telah berlangsung Karnival Sukan Silat bersempena Hari Sukan Negara yang telah diadakan di kompleks sukan German Malaysian Institute. Dihadiri hampir 700 orang termasuk ibu bapa. Aktiviti dimulakan seawal 8 pagi dengan Senam Silat kemudian persembahan beramai-ramai dimulai dengan kelincahan pendekar-pendekar kecil kita, kemudian persembahan dari remaja, pelajar IPT, dewasa dan seterusnya dari Jurulatih serta Gurulatih turut membuat persembahan. Pertandingan kecergasan dan pertandingan seni kepada pesilat-pesilat kecil. Syabas dan tahniah pada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak bagi menjayakan program pada kali ini. Dan ucapan tahniah khas kepada ibu bapa yang menyokong program ini dari awal hingga ke akhir. Berikut adalah aksi-aksi yang sempat dirakamkan. Tahniah pada semua, terima kasih. Insyaallah tahun depan ada lagi, iye ke idok?







Lawatan Dari Cikgu Sunny (Gayong Australia)

3 September 2016 - Alhamdulillah, PLKU telah menerima kunjungan daripada rombongan Cikgu Sazali dan juga Cikgu Sunny. Terima kasih cikgu diatas ucapan, kata-kata semangat dan nasihat yang telah diberikan kepada kami. Semoga ukhwah dan silaturahim terus utuh.





Rumah Terbuka Aidilfitri PLKU 2016

30 Julai 2016 - PLKU telah menganjurkan Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri. Bertemakan Busana Melayu, rumah terbuka dihadiri hampir semua gelanggang naugan PLKU. Bermacam juadah makanan disediakan. Pada malam tersebut turut disajikan dengan pelbagai acara seperti persembahan dari pesilat-pesilat, busana terbaik dan lain-lain. 




JEMPUTAN MAJLIS BERBUKA PUASA PLKU


Assalamualaikum dan salam ramadhan kareem..

JEMPUTAN MAJLIS BERBUKA PUASA PLKU

Tarikh : 25 Jun 2016
Masa : 6.30 pm - 10.00 pm

Aturcara majlis
6.30 pm : Ketibaan tetamu
7.24 pm : Berbuka dan solat maghrib
8.20 pm : Tahlil untuk Arwah Dato' Meor Abdul Rahman
8.40 pm : Solat isya' dan tarawih
10.00 pm : Bersurai






Kunjungan Dato' Ismail Jantan

1 Jun 2016 - Alhamdulillah, PLKU menerima kunjungan silatturahim daripada Dato' Ismail Jantan selaku YDP PSSGM. Terima kasih Dato' kerana sudi datang ke pusat latihan kami. Semoga ukhwah terus kuat terjalin dan bersama memperjuangankan GAYONG.


Lawatan ke Taiping dan Batu Kurau

21-22 Mei 2016 - PLKU telah menganjurkan satu rombongan ke Taiping dan Batu Kurau, Perak. Rombongan selama dua hari bergerak seawal pagi pada hari sabtu ke arah Taiping terlebih dahulu bagi menyempurnakan misi yang pertama iaitu menukar plak dimakam Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman dengan yang baharu. Setelah selesai memasang plak baharu, kami sempat ziarah makam Daeng Kuning dan rombongan terus bergerak ke Batu Kurau iaitu ke rumah Pak Ngah Izhar, kami bermalam dirumah Pak Ngah dan berlatih disana. Alhamdulillah rombongan kami selamat pergi dan balik.









Ujian Kenaikan Bengkong Berpusat Peringkat Kanak-Kanak

15 Mei 2016 - Alhamdulillah selesai sudah Ujian Kenaikan Bengkong Berpusat bagi peringkat Kanak-Kanak di padang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dan membantu secara langsung atau tidak langsung.





Ujian Kemahiran Menembak RELA (UKMR)

30 April 2016 - Pada 30 April hingga 1 Mei telah berlangsung Ujian Kemahiran Menembak Rela (UKMR) yang dianjurkan oleh Rela Daerah Gombak di Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Sungai Udang, Melaka. Seramai 18 org anak Gayong dari IPT dan PLKU yang diketuai oleh Cikgu Idris telah menyertai kursus ini..BERSEDIA BERJASA.






Majlis Ikrar dan Perlimau Tapak

24 April 2016 - PLKU telah mengadakan majlis perlimau tapak bagi peringkat pelajar IPT