Rombongan dari Akademi Latihan Gayong Kelantan

15 Februari 2015 -  Rombongan dari Akademi Latihan Gayong Kelantan yang diketuai oleh Cikgu Amru datang ke PLKU bagi menerangkan program yang bakal dilaksanakan nanti,Insyaallah. Semoga dipermudahkan segala urusan. 





Silat Tongkat

3 Februari 2015 - Kumpulan gurulatih dan jurulatih mengambil peluang cuti bersempena Thaipussam dengan menimba ilmu seni silat tongkat yang dipimpin oleh Cikgu Roslan atau lebih dikenali Ustaz Roslan. Banyak buah-buah yang menarik dapat dipelajari terutama sekali dari segi mengelak dan serangan. 
















Lawatan Cikgu Ishak ke PLKU

31 Januari 2015 - PLKU telah menerima lawatan daripada Dato' Paduka Dr Ishak Bin Hassan atau lebih dikenali Cikgu Ishak dari Negeri Sembilan. Banyak cerita dan ilmu yang menarik beliau kongsikan pada hari tersebut. Semoga dapat bertemu lagi pada masa akan datang. 




  


Majlis Pertabalan Sandang Kebesaran Gayong

17 Januari 2015 - Rombongan PLKU yang diketuai oleh Cikgu Idris menghadiri Majlis Pertabalan Sandang Kebesaran Gayong yang dianjurkan oleh Akademik Latihan Gayong (ALG) Kelantan di Hotel Renaissance Kota Bharu Kelantan. 





Cikgu Idris menerima sandang ahli kehormat

UJIAN KENAIKAN BENGKONG PLKU

25/5/2014 Seramai 148 orang pesilat telah mengikuti Ujian Kenaikan Bengkong pada Ahad, 25 Mei 2014 yang lalu. Ujian ini telah dijalankan di Padang Awam Seksyen 2/15, Taman Kajang Utama. Ujian adalah untuk menilai kemantapan dan kelayakan mereka untuk dinaiktaraf. Ujian meliputi kenaikan bengkong ke Pelangi Merah Chula, Pelangi Merah, Pelangi Hijau, Awan Putih dan Awan Putih Chula.





LAWATAN KE TAIPING


18/5/2014 - PSSGM German Malaysian Institute dan gurulatih PLKU telah mengadakan lawatan Jejak Pendekar dari kesinambungan Jejak Pendekar yang dibuat sebelum ini dengan tujuan untuk mengenali waris keluarga Dato', tapak kediaman Allayarham, Pusat Latihan Tertinggi serta tapak sejarah Gayong di Air Kuning, Taiping.  Seterusnya lawatan ke Makam Allayarham Dato' Mahaguru, Makam guru beliau Syed Zainal Abidin Al-Attas, Makam keluarga Dato' dan juga Gua Panglima Hitam.  Tempat-tempat ini merupakan sejarah besar dalam dunia Silat Gayong Malaysia baik dalam negara atau luar negara yang mesti diketahui oleh semua generasi Gayong.

Tempat bersejarah ini sebagai satu bukti perjuangan Dato' Meor Rahman dan keluarga beliau sebagai pewaris panglima-panglima melayu yang patut dijadikan contoh hebat kepada generasi melayu kini untuk meneruskan perjuangan Dato' Meor Rahman sebagai Panglima Melayu Moden.

Lawatan kali ini berjaya merintis satu sejarah lagi di mana kumpulan ini dapat bertemu makam Syed Zainal Abidin dan keluarga beliau yang tidak pernah dilawati oleh mana-mana pihak setelah bertahun-tahun.  PLKU bercadang untuk membuat lawatan susulan di makam tersebut.

Semoga gurulatih dan anak-anak Gayong PLKU akan terus bersemangat untuk mewarisi pusaka Meor Rahman dan menghargai sejarah yang ditinggalkan untuk bersatu di bawah PLKU sebagai satu Kelab Silat yang meneruskan perjuangan Gayong.



Ketibaan di rumah Cikgu Sazali Dato' Meor Abdul Rahman