Kursus Lompatan Anjuran Institut Perguruan Ilmu Khas

31 Oktober 2015 - Persatuan Silat Seni Gayong Institut Perguruan Ilmu Khas dengan kerjasama PLKU telah menganjur Kursus Lompatan. Hampir 50 peserta yang mengambil bahagian menyertai kursus pada kali ini. Kursus ini bertujuan memperbetulkan teknik lompatan dan memperkemaskan lagi asas lompatan. 




Lawatan Ke Rumah Pak Ngah Izhar

17 Oktober 2015 - Rombongan PLKU yang diketuai oleh Cikgu Idris telah ke Kampung Ara, Batu Kurau, Perak bagi menziarah Pak Ngah Izhar yang dikhabarkan kesihatan beliau tidak berapa sihat kebelakangan ini. Insyaallah dengan kedatangan kami ini dapat memberi sedikit semangat untuk Pak Ngah agar terus kuat.




Ujian Kenaikan Bengkong Berpusat

4 Oktober 2015 - Telah berlangsung ujian kenaikan bengkong berpusat yang diadakan di padang Universiti Kebangsaan Malaysia yang melibatkan peringkat kanak-kanak hinggalah dewasa dari gelanggang sekolah,awam,IPT dan PLKU sendiri. Walaupun keadaan berjerebu ujian diteruskan bagi melayakan pesilat untuk ke peringkat seterusnya. Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan ujian pada kali ini baik peserta,penganjur dan terutama sekali kepada ibu bapa yang memberi kerjasama yang baik sepanjang ujian ini berlangsung, tahniah...




Jemputan ke Majlis Perasmian Gelanggang Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Pada 6 September 2015 - PLKU telah dijemput oleh pihak Kelab Silat Seni Gayong Pusat Perubatan Universiti Malaya ke majlis Perasmian Gelanggang PPUM dan Minggu Warisan Silat Seni Gayong. Pengarah PPUM sebagai perasmi pada hari tersebut dan sebelum berakhir majlis, Cikgu Idris sempat memberi kata-kata semangat kepada pesilat dan ahli Kelab Silat Seni Gayong PPUM. Selamat Maju Jaya.




Kejohanan Pemilihan Silat Olahraga dan Seni PESAKA

23 Ogos 2015Alhamdulillah tamatlah sudah Kejohanan Pemilihan Silat Olahraga dan Seni PESAKA bagi daerah Hulu Langat. Syabas dan tahniah pada semua yang terlibat terutama sekali kepada para pesilat,pengurus dan juga jurulatih bagi pasukan PLKU yang berjaya membawa pulang 6 emas dan 3 perak.





Rumah Terbuka Aidilfitri PLKU 2015

16 Ogos 2015Alhamdulillah selesai sudah majlis rumah terbuka aidilfitri PLKU 2015. Tahniah dan syabas pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis pada malam ini. Terima kasih juga pada semua tetamu yang hadir.




Rumah Terbuka Aidilfitri PLKU

Salam Aidilfitri

Dijemput semua hadir ke PLKU di Taman Kajang Utama bagi memeriahkan majlis rumah terbuka aidilfitri PLKU pada:

15 Ogos 2015 (Sabtu)
Jam 8.00 malam - 10.30 malam

Ayuh datang memeriahkan majlis dan mengeratkan lagi silaturrahim

Majlis Berbuka Puasa PLKU 2015

Assalamualaikum dan salam Ramadhan al Mubarak
Jemputan ke Majlis Berbuka Puasa PLKU 2015
Tarikh : 27 Jun 2015 (Sabtu)
Aturcara majlis:
6.30 ptg : Ketibaan tetamu
7.00 ptg : Majlis tahlil ADMAR
7.30 ptg : Berbuka puasa dan solat maghrib
8.40 mlm: Solat Isya' dan Terawih
10.00 mlm : Kursus cota T oleh Cikgu Idris
11.30 mlm : Bersurai

PLKU - Demo Majlis Perkahwinan 16 Mei 2015



Demo Majlis Perkahwinan Irfan & Aisyah, Siddeq & Hawa pada 16 Mei 2015 di Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Bangi.

Pesilat PLKU yang terlibat

1) Khairunnazrin
2) Wan Azman
3) Muhammad Faris Hakimi
4) Muhammad Muhaimin
5) Mohamad Irfan

Ujian Kenaikan Bengkong Siri 1/2015

10 Mei 2015 - Telah berlangsung ujian kenaikan bengkong siri 1/2015 di padang Universiti Kebangsaan Malaysia dari peringkat kosong ke putih dan putih ke hijau bagi tahap dewasa gelanggang PLKU dan IPT (UKM,GMI,UNITEN). Dan juga kenaikan bengkong untuk pelajar kanak-kanak dengan tahap masing-masing. Ibu bapa turut bersama-sama menyaksikan gelagat anak mereka.







Ujian Kemahiran Menembak Rela 2015

2 Mei 2015 - PLKU telah menyertai Ujian Kemahiran Menembak Rela 2015 anjuran Rela Gombak dan Hulu Langat yang diketuai oleh Cikgu Idris. Dalam RELA, PLKU lebih dikenali sebagai Gayong RELA. Untuk pengetahuan RELA Gombak dan PLKU mempunyai kerjasama dalam menjayakan beberapa program. Dan ujian kemahiran menembak ini merupakan acara yang kerap kali PLKU sertai. Tujuannya ialah untuk mendedahkan kepada pesilat-pesilat, terutama pesilat dari IPT, cara mengendalikan beberapa jenis senjata api. 





Sepetang Bersama Cikgu Anuar

26 April 2015 - PLKU telah menjemput Cikgu Anuar iaitu Naib Yang Di Pertua PSSGM bagi menerangkan sistem pentadbiran dengan lebih jelas. Pendekatan yang dibacarakan oleh Cikgu Anuar lebih kepada untuk memberi kefahaman kepada gurulatih agar segala aktiviti ko-kokurikulum silat disekolah hendaklah selari dengan segala peraturan dan hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia. Walaupun kemampuan beliau terbatas namun dia tetap bersemangat berbakti pada gayong. Semoga kita berjumpa lagi.



Majlis Perlimau Tapak & Seni Serta Majlis Mandi Minyak


PLKU - Majlis Malam Penghargaan TNB



Kelab Silat Gayong PLKU telah dijemput untuk memeriahkan lagi Majlis Malam Penghargaan, Jabatan Usaha Niaga Tenaga TNB pada 3 April 2015. Pasukan daripada PLKU membuat persembahan pembukaan pada majlis tersebut.

Kursus Lompatan Anjuran PSSGM UNITEN

 28 Mac 2015 - Pihak PSSGM UNITEN dengan kerjasama PLKU telah menganjurkan Kursus Lompatan. Tujuan kursus ini adalah bagi memperbetulkan dan memantapkan lagi teknik-teknik lomptan seperti tenggiling kosong,lentik ulat,lentik pacat,harimau menghambur mangsa dan lain-lain teknik lagi. Kursus ini dipimpin oleh Cikgu Azmir dibantu saudara Faris Ismadi. Syabas kepada penganjur dan para peserta.





Mesyuarat Agong PLKU 2015

Pengumuman

Sukacita dijemput semua ahli aktif dan ahli bersekutu PLKU untuk menghadirkan diri ke Mesyuarat Agong PLKU 2015. Butir-butirnya seperti berikut :


          Tarikh   : 15 MAC 2015
          Masa     : 10.30 pagi - 12.30 tengah hari
          Tempat : Auditorium German Malaysian Institute
          Pakaian  : Pakaian rasmi PLKU / Smart casual 

Semoga kehadiran tuan puan akan memeriahkan lagi majlis dan diberkati Allah. Insyaallah. 

Majlis Pertauliahan Gurulatih Muda IPT-PLKU

7 Mac 2015 - Majlis Pertauliahan bagi Gurulatih muda telah diadakan di PLKU. Pertauliahan ini melibatkan 26 orang pesilat yang rata-ratanya dari gelanggang IPT dibawah naungan PLKU, antaranya UKM, UNITEN, UNIKL MIAT, UNIKL MFI, IPIK, IPIS dan GMI. Tujuan utama pertauliahan ini adalah untuk melahirkan pelapis-pelapis untuk menjadi Gurulatih bagi mengembangkan lagi ilmu Dato' Meor Rahman tinggal. Semoga dengan pertauliahan ini menjadi satu titik tolak untuk teruskan semangat memperjuangkan ilmu Gayong. Tahniah. 





Rombongan dari Akademi Latihan Gayong Kelantan

15 Februari 2015 -  Rombongan dari Akademi Latihan Gayong Kelantan yang diketuai oleh Cikgu Amru datang ke PLKU bagi menerangkan program yang bakal dilaksanakan nanti,Insyaallah. Semoga dipermudahkan segala urusan. 





Silat Tongkat

3 Februari 2015 - Kumpulan gurulatih dan jurulatih mengambil peluang cuti bersempena Thaipussam dengan menimba ilmu seni silat tongkat yang dipimpin oleh Cikgu Roslan atau lebih dikenali Ustaz Roslan. Banyak buah-buah yang menarik dapat dipelajari terutama sekali dari segi mengelak dan serangan. 
















Lawatan Cikgu Ishak ke PLKU

31 Januari 2015 - PLKU telah menerima lawatan daripada Dato' Paduka Dr Ishak Bin Hassan atau lebih dikenali Cikgu Ishak dari Negeri Sembilan. Banyak cerita dan ilmu yang menarik beliau kongsikan pada hari tersebut. Semoga dapat bertemu lagi pada masa akan datang. 




  


Majlis Pertabalan Sandang Kebesaran Gayong

17 Januari 2015 - Rombongan PLKU yang diketuai oleh Cikgu Idris menghadiri Majlis Pertabalan Sandang Kebesaran Gayong yang dianjurkan oleh Akademik Latihan Gayong (ALG) Kelantan di Hotel Renaissance Kota Bharu Kelantan. 





Cikgu Idris menerima sandang ahli kehormat

UJIAN KENAIKAN BENGKONG PLKU

25/5/2014 Seramai 148 orang pesilat telah mengikuti Ujian Kenaikan Bengkong pada Ahad, 25 Mei 2014 yang lalu. Ujian ini telah dijalankan di Padang Awam Seksyen 2/15, Taman Kajang Utama. Ujian adalah untuk menilai kemantapan dan kelayakan mereka untuk dinaiktaraf. Ujian meliputi kenaikan bengkong ke Pelangi Merah Chula, Pelangi Merah, Pelangi Hijau, Awan Putih dan Awan Putih Chula.





LAWATAN KE TAIPING


18/5/2014 - PSSGM German Malaysian Institute dan gurulatih PLKU telah mengadakan lawatan Jejak Pendekar dari kesinambungan Jejak Pendekar yang dibuat sebelum ini dengan tujuan untuk mengenali waris keluarga Dato', tapak kediaman Allayarham, Pusat Latihan Tertinggi serta tapak sejarah Gayong di Air Kuning, Taiping.  Seterusnya lawatan ke Makam Allayarham Dato' Mahaguru, Makam guru beliau Syed Zainal Abidin Al-Attas, Makam keluarga Dato' dan juga Gua Panglima Hitam.  Tempat-tempat ini merupakan sejarah besar dalam dunia Silat Gayong Malaysia baik dalam negara atau luar negara yang mesti diketahui oleh semua generasi Gayong.

Tempat bersejarah ini sebagai satu bukti perjuangan Dato' Meor Rahman dan keluarga beliau sebagai pewaris panglima-panglima melayu yang patut dijadikan contoh hebat kepada generasi melayu kini untuk meneruskan perjuangan Dato' Meor Rahman sebagai Panglima Melayu Moden.

Lawatan kali ini berjaya merintis satu sejarah lagi di mana kumpulan ini dapat bertemu makam Syed Zainal Abidin dan keluarga beliau yang tidak pernah dilawati oleh mana-mana pihak setelah bertahun-tahun.  PLKU bercadang untuk membuat lawatan susulan di makam tersebut.

Semoga gurulatih dan anak-anak Gayong PLKU akan terus bersemangat untuk mewarisi pusaka Meor Rahman dan menghargai sejarah yang ditinggalkan untuk bersatu di bawah PLKU sebagai satu Kelab Silat yang meneruskan perjuangan Gayong.



Ketibaan di rumah Cikgu Sazali Dato' Meor Abdul Rahman