KARNIVAL FUTSAL SILAT PLKU


1 Jun 2014 - Bagi menyemarakkan kegiatan yang melibatkan para belia di Daerah Hulu Langat, PLKU telah menganjurkan "Karnival Futsal Silat PLKU" yang julung-julung kali diadakan bagi memupuk semangat kesukanan dikalangan ahli-ahli PLKU.  Tahun-tahun sebelum ini PLKU mengadakan sukan bolasepak dan sukanika di UKM dan Uniten. Karnival Futsal Silat PLKU akan dijadikan sebagai acara tahunan.

Karnival Futsal ini telah dianjurkan bersama Pejabat Belia Daerah Hulu Langat dan Persatuan Silat Seni Gayong IPT/IPTA di bawah naungan PLKU.  Karnival ini juga turut disertai oleh Pasukan PDRM Brickfields selain dari pasukan sekolah, awam dan IPT.  Jumlah penyertaan sebanyak 21 pasukan dengan 3 kategori iaitu IPT/Dewasa, Remaja/Sekolah Menengah dan Wanita.

Juara Pasukan Dewasa telah dimenangi oleh Pasukan PDRM Brickfields, Juara Remaja dimenangi oleh Pasukan Remaja Taman Universiti Bangi dan Juara Wanita oleh Pasukan Wanita UKM.