18/5/2014 - PSSGM German Malaysian Institute dan gurulatih PLKU telah mengadakan lawatan Jejak Pendekar dari kesinambungan Jejak Pendekar yang dibuat sebelum ini dengan tujuan untuk mengenali waris keluarga Dato', tapak kediaman Allayarham, Pusat Latihan Tertinggi serta tapak sejarah Gayong di Air Kuning, Taiping. Seterusnya lawatan ke Makam Allayarham Dato' Mahaguru, Makam guru beliau Syed Zainal Abidin Al-Attas, Makam keluarga Dato' dan juga Gua Panglima Hitam. Tempat-tempat ini merupakan sejarah besar dalam dunia Silat Gayong Malaysia baik dalam negara atau luar negara yang mesti diketahui oleh semua generasi Gayong.
Tempat bersejarah ini sebagai satu bukti perjuangan Dato' Meor Rahman dan keluarga beliau sebagai pewaris panglima-panglima melayu yang patut dijadikan contoh hebat kepada generasi melayu kini untuk meneruskan perjuangan Dato' Meor Rahman sebagai Panglima Melayu Moden.
Lawatan kali ini berjaya merintis satu sejarah lagi di mana kumpulan ini dapat bertemu makam Syed Zainal Abidin dan keluarga beliau yang tidak pernah dilawati oleh mana-mana pihak setelah bertahun-tahun. PLKU bercadang untuk membuat lawatan susulan di makam tersebut.
Semoga gurulatih dan anak-anak Gayong PLKU akan terus bersemangat untuk mewarisi pusaka Meor Rahman dan menghargai sejarah yang ditinggalkan untuk bersatu di bawah PLKU sebagai satu Kelab Silat yang meneruskan perjuangan Gayong.

 |
Ketibaan di rumah Cikgu Sazali Dato' Meor Abdul Rahman |
 |
Cikgu Sazali memberi penerangan kepada pesilat di rumahnya |
 |
Cikgu Sazali memberi penerangan kepada pesilat ketika diperkarangan rumah Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman |
 |
Beginilah keadaan rumah Mahaguru yang kian usang tanpa pembelaan |
 |
Di Makam Dato' Mahaguru |
 |
Makam Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsom |
 |
Makam Panglima Hitam |
 |
Makam Allahyarham Syed Zainal ninda kepada Dato Mahaguru
Beginilah keadaannya sekian lama tidak dikunjungi.
Menurut Cikgu Sazali, Kumpulan PLKU adalah merupakan pengunjung pertama yang membuat lawatan ke Makam ini. |
 |
Gotong royong membersihkan Makam Allayarham Syed Zainal, Makam milik Meor Hashim bapa kepada Mahaguru, Makam Syarifah Alawiyah bonda kepada Mahaguru dan Che Kalsom isteri pertama Dato' Mahaguru dan beberapa lagi makam berhampiran yang tidak dikenali. |
 |
Makam-Makam yang telah dibersihkan |
 |
Makam keluarga Dato' Mahaguru |
 |
Gua Pertapaan Dato' Mahaguru |
1 comment:
Blh sy tau dmana makam mahaguru ni ye??
Post a Comment