MAJLIS GALA DINNER GAYONG UKM




17/5/2014 - Majlis makan malam yang diadakan di Restoran Tasik Idaman Dengkil ini adalah anjuran   PSSGM UKM yang bertujuan untuk meraikan senior mereka yang akan tamat pengajian di UKM tahun ini.  YBhg Prof Ir Dato' Othman A. Karim, Mantan Timbalan Naib Canselor UKM telah sudi untuk merasmikan majlis yang gilang gemilang ini.  Beberapa Jawatankuasa dan Gurulatih PLKU hadir untuk meraikan dan memberi sokongan kepada majlis tersebut.


 

PERSEMBAHAN DI "IRPA REGIONAL CONGRESS, THE FOURTH ASIAN AND OCEANIC CONGRESS ON RADIATION PROTECTION"



12 Mei 2014 - Persidangan di atas adalah persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh Persatuan Perlindungan Radiasi Malaysia (MARPA) yang telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 12-16 Mei 2014.  Persidangan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

PLKU telah diberi kepercayaan oleh MARPA untuk membuat persembahan Silat di hadapan perasmi dan peserta-peserta persidangan sebagai persembahan pembukaan pada Isnin, 12 Mei 2014.  5 orang dari Pasukan Elit PLKU terlibat.
















SENAMAN AEROBIK ALA SILAT

PLKU telah dijemput oleh Kumpulan Marhaban Wanita Taman Kajang Raya untuk mengendalikan program Senaman Aerobik Ala Silat pada 27 April 2014 yang lalu di Taman Rekreasi Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.  32 orang peserta yang terlibat adalah wanita yang berumur 40 tahun ke atas.

PLKU cuba menerapkan betapa pentingnya bersenam untuk menjaga kesihatan badan.  Disamping memberi sedikit pendedahan teknik beladiri kepada mereka.






MAJLIS TAHLIL PLKU

Ahli Jawatankuasa Induk PLKU telah bersetuju untuk mengadakan Majlis Tahlil pada setiap bulan dan ini akan menjadi amalan PLKU seterusnya.  Majlis Tahlil ini akan dimulakan dengan persiapan makan malam sebelum Maghrib yang mana akan disusuli dengan Solat Maghrib, Tahlil, Tazkirah dan diakhiri dengan Solat Isya' berjemaah.

Selesai program tersebut gurulatih PLKU akan meneruskan malam tersebut dengan latihan mingguan mereka.  Majlis Tahlil yang pertama telah diadakan pada 26 April 2014 yang lalu.

PLKU berharap amalam ini akan berpanjangan moga Allah mempermudahkan segala yang dirancangkan.










KELAB SILAT GAYONG PLKU

PERANCANGAN AKTIVITI AKAN DATANG


Bil
Bulan
Aktiviti-Aktiviti
1.
Mei
·         Persembahan Silat di “4th Asian and Oceanic Congress on Radiation Protection”
·         Program lawatan ke Taiping
·         Ujian Kenaikan Bengkong IPT dan Kanak-Kanak
2.
Jun
·         Karnival Futsal Silat PLKU
·         Majlis Tahlil Dato’ Mahaguru
3.
Julai
Majlis Berbuka Puasa PLKU
4.
Ogos
Jamuan Hari Raya PLKU
5.
September
·         Kem Jatidiri Gayong PLKU
·         Program Sukan Massa PLKU
6.
Oktober
·         Ujian Kemahiran Menembak RELA
·         Pertandingan Silat Gayong PLKU
7.
November
Program Lawatan Jejak Pendekar PLKU
8.
Disember
Program Santai “Outdoor” PLKU
9.
Januari 2015
Taklimat dan Pengambilan Ahli Baru

KURSUS PEMECAHAN IPT

Kursus pemecahan peringkat IPT ini telah dijalankan pada 9/3/2014.  Kursus ini adalah perlu bagi memastikan anak-anak Gayong mempelajari asas teknik pemecahan supaya memiliki teknik yang betul untuk mencapai kemahiran yang baik dalam pemecahan.

KSG-PLKU menetapkan kursus pemecahan hanya dilakukan di Gelanggang Induk PLKU kepada semua pesilat yang memegang Bengkong Pelangi Hijau dan ke atas.






 
















KURSUS GURULATIH MUDA - KEMAHIRAN MENGAJAR KANAK-KANAK

Mengajar kanak-kanak memerlukan kesabaran dan kemahiran dalam menyampaikan ilmu terutamanya ilmu beladiri.  Oleh yang demikian, KSG-PLKU sentiasa mengambil langkah untuk memastikan segala pembelajaran dan penyampaian pada kanak-kanak dari peringkat tadika hinggalah ke sekolah rendah.

Kursus ini telah diadakan pada 2/3/2014.  9 orang gurulatih muda telah mengikuti kursus ini.

Gambar-gambar di bawah adalah Gelanggang Tadika Brainy Bunch Putrajaya






Ujian Kenaikan Bengkong Gurulatih Kumpulan 1 KSG-PLKU


Ahad 15/12/2013, 8 orang Gurulatih KSG-PLKU telah menjalani ujian kenaikan bengkong  bagi menilai kemahiran, kemantapan dan kelayakan untuk dinaikkan taraf.

Penguji adalah Cikgu Zulkifli, Pengerusi Majlis Gurulatih PSSGM Negeri Sembilan.

Ujian kenaikan bengkong ini telah diadakan di Padang Awam Seksyen 2, Taman Kajang Utama.









Ujian Kenaikan Bengkong Gurulatih Kumpulan 2 KSG-PLKU


Ahad 29/12/2013, 7 orang Gurulatih KSG-PLKU telah menjalani ujian kenaikan bengkong  bagi menilai kemahiran, kemantapan dan kelayakan untuk dinaikkan taraf.  Ujian ini telah dikendalikan oleh Cikgu Azhar bin Aziz.

Ujian kenaikan bengkong ini telah diadakan di Padang Awam Seksyen 2, Taman Kajang Utama.

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1432251933658949.1073741833.1416983011852508&type+1&l+988ac14dec





Projek Akhir Semester Ko-Kurikulum Silat Seni Gayong Malaysia Universiti Putra Malaysia - 15/12/2013



Ko-Kurikulum PSSGM UPM mengadakan projek akhir semester di Rumah Anak Yatim Baiduri, Dengkil, Selangor pada 15/12/2013 yang lalu.  Antara aktiviti yang dijalankan adalah penerangan tentang silat, latihan asas beladiri dan menyampaikan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Baiduri.  Program ini melibatkan 10 orang pelajar Silat Gayong UPM.





Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS 2013).  Pemimpin KSG-PLKU telah diiktiraf sebagai Calon terbaik Negeri Selangor.




Pada tanggal 9 November 2013 yg lalu, Kelab Silat Gayong PLKU sekali lagi telah dianugerahkan sebagai pemenang kategori Pemimpin Lelaki Terbaik didalam Majlis Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS 2013), Kementerian Belia & Sukan Malaysia bagi peringkat Negeri Selangor yang telah berlangsung di Shah Alam, Selangor. 

Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) merupakan satu pengiktirafan Kerajaan Malaysia kepada individu dan organisasi yang telah berjasa dan memberikan sumbangan yang cemerlang dalam pembangunan Sukan Untuk Semua. Jenis sukan yang diberi pengiktirafan ini merangkumi Sukan Kecergasan, Sukan Paralimpik, Sukan Rekreasi, Sukan Seni Mempertahankan Diri dan Sukan Tradisional.

KSG-PLKU sekali lagi diberi penghormatan untuk memulakan program dengan membaca doa dan membuat persembahan silat. 

Bacaan doa pembukaan majlis oleh
Cikgu Aqtar Fariq Syahril Othman, Timb. Pengerusi KSG-PLKU

Persembehan Silat dari KSG-PLKU

Anugerah telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia Negeri Selangor, Tuan Haji Makhruzi b. Haji Iksan kepada wakil KSG-PLKU iaitu Cikgu Idris bin Shafie,  Pengerusi KSG-PLKU. Anugerah tersebut adalah berupa Sijil/Watikah Penganugerahan dan wang tunai sebanyak RM2000.00.





Program Ujian Kemahiran Menembak RELA anjuran Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Kuala Kubu telah berlangsung pada 26 & 27 Okt 2013 di Lapangsasar PDRM, Kuala Kubu BaruPlatun Silat Gayong PKLU turut menyertai program tersebut dengan disertai oleh seramai 20 orang anggota lelaki & wanita dari gelanggang utama KSG-PLKU, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (PSSGM-UKM) dan German-Malaysian Institute, Bangi (PSSGM-GMI).

Ujian Kemahiran Menembak ini melibatkan penggunaan senjata Rifle M16 dan Pump Gun dengan teknik meniarap, berdiri dan melutut.



Antara teknik-teknik ketika ujian menembak dijalankan

Ujian Kenaikan Bengkong Gurulatih Kumpulan 3 KSG-PLKU


Ahad 5/1/2014, 5 orang Gurulatih Muda KSG-PLKU telah diuji bagi menilai kemantapan dan kelayakan mereka untuk dinaikkan taraf.

Ujian kenaikan bengkong ini telah diadakan di Padang Awam Seksyen 2, Taman Kajang Utama.



Antara senjata-senjata yang diuji