Anugerah pengiktirafan dan hadiah berupa wang sumbangan oleh kerajaan berjumlah RM20,000 telah disampaikan kepada pengerusi KSG-PLKU, Cikgu Idris Shaffiee oleh Menteri Belia & Sukan Malaysia iaitu YB Khairy Bin Jamaludin pada majlis makan malam & penyampaian anugerah tersebut malam tadi.
Kehadiran KSG-PLKU majlis tersebut turut disertai oleh beberapa gurulatih & AJK dari gelanggang dewasa Kajang Utama.
Sesungguhnya kami di KSG-PLKU & Gelanggang-gelanggang naungan kami sangat-sangat berbangga & bersyukur kehadrat Allah subhanahu wa ta'ala diatas anugerah & pengiktirafan ini. Ini membuktikan suatu balasan nikmat pemberian Tuhan yang besar kepada kita diatas istiqomah & kerjasama ikhlas oleh kita semua demi agama, bangsa dan negara yang kita sayangi.
Ayuh! Kita teruskan lagi perjuangan kita ini demi memastikan manfaat sebegini dapat berterusan sehingga ke anak cucu kita nanti..
Sekali lagi... TAHNIAH!!! kepada seluruh ahli KELAB SILAT GAYONG PLKU, Kajang, Selangor..
1 comment:
Alhamdullilah atas nikmat mu ya Allah.
Post a Comment