Program Lawatan Anak Gayong PLKU Ke Air Kuning, Taiping, Perak (Jejak Pendekar 1-2013)

Pada hari Sabtu, 11/5/2013 yang lalu, KSG-PLKU dengan kerjasama anak-anak Gayong dari beberapa gelanggang naungan IPT KSG-PLKU telah membuat lawatan ke tapak asal pengembangan Silat Seni Gayong Malaysia di Air Kuning, Taiping, Perak Darul Ridzuan.

 Antara gelanggang-gelanggang naungan IPT yang terlibat adalah:
  1. Universiti Tenaga Nasional, Bangi, Selangor
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
  3. UniKL - Malaysian France Institute, Bangi, Selangor
  4. Institut Pendidikan Guru Kampus Pend. Islam, Bangi, Selangor
  5. Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur
  6. German Malaysian Institute, Bangi, Selangor
  7. Kolej Universiti Linton, Nilai, N, Sembilan
Program ini turut disertai oleh ahli-ahli dewasa KSG-PLKU dengan pengawasan oleh pihak Gurulatih KSG-PLKU.

Taklimat dan perkongsian pengalaman oleh Cikgu Sazali Dato' Meor Abd Rahman
di kediaman rasminya di Air Kuning, Taiping.

Program Jejak Pendekar 1-2013 ini telah membawa anak-anak gayong KSG-PLKU melawat dan menziarah individu dan tempat-tempat penting serta mempunyai nilai sejarah yang tinggi kepada Silat Seni Gayong Malaysia amnya.

Antara aktiviti lawatan yang telah dilakukan adalah seperti berikut:
  1. Ziarah ke kediaman rasmi Cikgu Sazali bin Dato' Meor Abd. Rahman, salah seorang anak kepada Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abd. Rahman b. Daeng Uda Mohd Hashim, di Air Kuning. Cikgu Sazali juga telah mengadakan satu sesi penerangan terperinci tentang sejarah dan berkongsi pengalaman peribadi beliau dalam perjalanan sejarah pengembangan Silat Seni Gayong di Malaysia.
  2. Melawat tapak rumah Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abd. Rahman b. Daeng Uda Mohd Hashim dan gelanggang asal Silat Seni Gayong Malaysia, Air Kuning, Taiping.
  3. Ziarah makam Panglima Hitam atau Daeng Kuning, moyang kepada Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abd. Rahman.
  4. Ziarah makam  Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abd. Rahman b. Daeng Uda Mohd Hashim di tanah perkuburan masjid lama Taiping.
  5. Menanam papantanda pengenalan makam Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abd. Rahman b. Daeng Uda Mohd Hashim, ehsan daripada KSG-PLKU.
  6. Membuat bacaan tahlil dan doa beramai-ramai di makam tersebut.
  7. Melawat gua pertapaan Daeng Kuning (Panglima Hitam) di Bukit Larut, Taiping bersama-sama Cikgu Sazali dan Pak Din.
 Ziarah makam Panglima Hitam
Batu Tanda Sejarah Masjid Lama Bandar Taiping
Gotong royong memasang papantanda makam Dato' Mahaguru
bersama-sama Cikgu Sazali.
Papantanda makam Dato' Mahaguru ehsan daripada KSG-PLKU
 Pusara Allahyarhamah Datin Faridah bte Mohd. Yusope, isteri Dato' Mahaguru
Majlis tahlil arwah
Gua pertapaan Panglima Hitam dan Dato' Mahaguru di Bukit Larut
Sesi taklimat dan perkongsian oleh Pak Din di gelanggang baru Bukit Larut

Program lawatan akhirnya ditamatkan dengan mengadakan sedikit doa selamat, majlis penutup dan penyampaian cenderahati di kediaman rasmi Cikgu Sazali di Air Kuning.

 Majlis penutup dan doa selamat serta penyampaian cenderahati
di kediaman Cikgu Sazali

Rombongan kemudiannya bertolak pulang ke Uniten, Bangi pada jam 5.00 ptg dan selamat sampai ke destinasi pada jam 10.30 mlm.

KSG-PLKU sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Sazali b. Dato' Meor Abd. Rahman di atas kesudian & kemesraan beliau menerima kunjungan kami dan secara sukarela bersama-sama Pak Din membantu kami sepanjang program lawatan ini.

Tidak ketinggalan kami juga merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pengerusi serta AJK Program Jejak Pendekar 1-2013 ini yang terdiri daripada anak-anak gayong Uniten yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam menjayakan program ini.

Faedah-faedah yang diperolehi melalui program ini:
  1. Melihat sendiri secara lebih dekat bahan-bahan sejarah Silat Seni Gayong sebagaimana yang telah disebut di dalam artikel-artikel sejarah Silat Seni Gayong.
  2. Memberi kesedaran kepada anak-anak gayong tentang nilai-nilai sejarah Silat Seni Gayong yang harus sentiasa dipelihara bagi memastikan kesinambungan manfaat kepada generasi yang akan datang.
  3. Meningkatkan semangat juang individu anak-anak gayong dalam semua aspek kehidupan secara amnya dan dalam penglibatan mereka di dunia Silat Seni Gayong khususnya.
  4. Meningkatkan semangat ukhwah persaudaran dan kerjasama sesama ahli Silat Seni Gayong amnya dan didalam KSG-PLKU khususnya.

InsyaAllah program-program sebegini akan menjadi program tahunan KSG-PLKU selepas daripada ini.

2 comments:

Tubuhsatu said...

Assalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..


Saya mencari perawat disekitar, untuk rawatan secara dekat, saya termakan makanan dari ilmu guna-guna, beratus benda halus di hantar kepada saya.


Mohon bantuan, email saya : tubuhsatu@gmail.com

brian barnhart said...

Hi great reading your bloog