Kursus Seni Cindai di KSG-PLKU

 
Assalamu'alaikum & salam ukhwah buat semua ahli-ahli KSG-PLKU.
Sukacita kami umumkan bahawa satu Program Latihan/Kursus Seni Cindai akan kami anjurkan & KSG-PLKU menjemput semua ahli-ahlinya dari gelanggang utama & naungan dari peringkat bengkong merah dan ke atas untuk menyertai Program Latihan/Kursus Seni Cindai bermula Sabtu ini, 2hb. Feb 2013.
Perincian latihan adalah seperti berikut: 
  • Tarikh          : 2hb, 9hb, 16hb & 23hb. Februari 2013
  • Kekerapan  : 4 x Sabtu
  • Masa           : 9.30 mlm - 11.30 mlm (2 jam) 
  • Tempat        : Gelanggang Utama PLKU

Nota:
  1. Yuran RM30 dikenakan ke atas ahli yg menyertai program kursus ini buat kali pertama.
  2. Bayar di gelanggang pada malam Iatihan pertama Sabtu ini.
  3. Sila bawa sendiri 1 helai kain pelikat/sarong.

Sekian. Harap maklum & selamat berlatih!!!..