Bengkong Pelangi Kuning
Bengkong Pelangi Kuning Chula 1-5
Pada hari Ahad, 2hb. Disember 2012, jam 9.00 pagi; satu program Ujian Kenaikan Bengkong telah diadakan untuk menilai kemantapan dan kelayakan anak-anak gayong KSG-PLKU pemegang Bengkong Pelangi Merah Chula bagi dinaikkan taraf mereka untuk memakai Bengkong Pelangi Kuning, Silat Seni Gayong Malaysia.
Seramai lapan (8) orang anak gayong KSG-PLKU telah diuji, masing-masing dari gelanggang UKM, Maahad Al-Abbassiah, Sungkai, Perak dan SK Abdul Rahman, Lancang, Pahang. Mereka telah diuji oleh Cg. Ahmad Muzammel (Pelangi Hitam Harimau Chula Sakti 1), gurulatih gelanggang gayong CFS-IIUM di padang hoki Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
Program ujian tersebut telah menyaksikan kemantapan anak-anak gayong yang bersungguh-sungguh mempersembahkan permainan senjata & gerakan gayong bagi membuktikan bahawa mereka kini sudah layak untuk diiktiraf memakai bengkong ditahap yang lebih tinggi. Antara ujian yang telah dijalankan adalah gerakan, buah dan tempur tangan kosong; gerakan, buah dan pentas senjata, sparring, lompatan rukuq sehinggalah pemecahan genting simen empat (4) penjuru sebagai penamat ujian fizikal & ujian akhiri dengan sesi menjawab kertas soalan subjektif berkaitan ilmu & adat istiadat Silat Seni Gayong Malaysia.
Semoga berjaya kami ucapkan kepada kesemua mereka yang telah menjalani ujian tersebut. Majlis pemakaian Bengkong Pelangi Kuning & penyerahan sijil kenaikan bengkong bagi mereka yang lulus ujian ini akan diadakan pada penghujung bulan Januari, 2013 akan datang. InsyaAllah!..
Penilai/Penguji
Cikgu Ahmad Muzammel

No comments:
Post a Comment