LANGKAH PERLU DALAM MENDEPANI CABARAN MODEN
Oleh: Aqtar Fariq Syahril Othman (Timb. Pengerusi KSG-PLKU)
(Artikel ini adalah bagi terbitan majalah Seni Beladiri, Disember 2012)
Silat telah wujud di alam Melayu
sejak abad ke 7 masihi lagi dan telah menjalani proses perkembangan secara
evolusi. Di Malaysia sahaja, sehingga kini terdapat tidak kurang daripada 500 jenis
silat yang berjaya dikesan. Walaupun jumlahnya begitu banyak, namun tidak
banyak persatuan silat yang boleh berdiri sebaris dengan nama seni beladiri
yang lain.
Dalam mendepani cabaran kini,
penggerak Silat harus menyedari hakikat bahawa silat perlu digerakkan secara
lebih sistematik. Silat perlu digerakkan secara berorganisasi, perlu
ditonjolkan dan keluar daripada kepompongnya sendiri.
Untuk menarik minat
anak-anak muda, silat perlu berubah seiring peredaran zaman. Atas dasar itulah,
Kelab Silat Gayong PLKU diwujudkan. Bertempat di Taman Kajang Utama, Kelab Silat Gayong PLKU telah diasaskan pada 26 Mac 2004
dan berdaftar dengan Akta Pesuruhjaya Sukan (APS). Kelab ini bergerak aktif di Daerah Hulu
Langat. Sehingga kini, Kelab Silat Gayong PLKU telah mempunyai sebanyak 35
gelanggang dan keahlian melebihi 1025 orang (tahun 2012).
Kelab ini telah menganjurkan pelbagai
program sejak ditubuhkan. Antaranya, pengambilan ahli baru, ujian kenaikan
bengkong, Himpunan Wajadiri, pertandingan silat, kursus-kursus, bengkel dan
seminar selain daripada memenuhi permintaan demonstrasi silat untuk majlis
formal dan kenduri kahwin.
Pada tahun 2012, Kelab Silat Gayong PLKU telah
diberi pengiktirafan sebagai Pemenang Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) bagi
Kategori Pertubuhan Sukan Peringkat Negeri Selangor.
Penganugerahan tersebut adalah bagi memberi pengiktirafan terhadap pencapaian Kelab Silat Gayong PLKU atas sumbangan yang cemerlang dalam pembangunan sukan di Negeri Selangor.
Hadiah telah disampaikan oleh Y.Bhg Tn Hj Makhruzi bin Hj Iksan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor pada 1 Disember 2012 bertempat di Cahaya SPK Resort Club, Shah Alam. Hadiah berupa sijil dan wang tunai.
Pengiktirafan ini merupakan satu penghargaan terhadap usaha KSG-PLKU dalam mengembangkan Silat Seni Gayong Malaysia di Negeri Selangor khususnya.
Semoga usaha murni Kelab Silat Gayong PLKU akan dapat dicontohi oleh persatuan-persatuan silat yang lain.

No comments:
Post a Comment