Kunjungan Silaturrahim ke Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia - Gelanggang Chukai Utama, Kemaman, Terengganu.

15/12/2012 (Sabtu) -  Rombongan seramai 5 orang sebagai mewakili KSG-PLKU telah melakukan kunjungan/ziarah ukhwah ke salah satu daripada gelanggang Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia (PSGSM) di Taman Chukai Utama, Kemaman, Terengganu.

Rombongan telah bertolak dari pusat latihan KSG-PLKU dengan satu kereta pada jam 2.30ptg Jumaat (14/12/2012) dan tiba di gelanggang Taman Chukai Utama, Kemaman tersebut pada jam 8.30mlm. Wakil KSG-PLKU terdiri daripada:
  1. Cikgu Idris Bin Shaffiee (Pengerusi KSG-PLKU)
  2. Cikgu Rashidah Binti Mustafa (Setiausaha KSG-PLKU)
  3. Hishamuddin Abdul Hamid (Exco Penerangan KSG-PLKU)
  4. Mohd. Haron Bin Togimin (Exco Kegurulatihan KSG-PLKU)
  5. Mohd. Khairy (Wakil Gelanggang PLKU-UKM)
Ketibaan wakil KSG-PLKU pada malam Sabtu telah disambut dengan penuh ukhwah & kemesraan oleh:
  1. Cikgu Mustafa Bin Yusoff (Pengerusi PSGSM)
  2. Cikgu Mohd. Rozi Bin Awang Bakar (Timbalan Pengerusi PSGSM)
  3. Cikgu Mohd. Soufi Bin Mohd. Noor (Bendahari PSGSM)
  4. Cikgu Khairul Niza Bin Mohd (AJK PSGSM)
Dari kiri: Cikgu Mustafa, Cikgu Mohd. Rozi, Cikgu Mohd. Soufi & Cikgu Khairul Niza


Wakil-wakil KSG-PLKU sempat mengadakan sedikit perbualan pengenalan di gelanggang sebelum kemudiannya terus dibawa bertandang ke rumah Pak Alang Hj. Suhaimi Bin Hussain (Presiden Gayong Serantau Kebangsaan) untuk perbualan lanjut dan berkongsi pengalaman sambil menikmati juadah dan minuman ringan.

 Pak Alang Hj. Suhaimi Bin Hussain
(Presiden Gayong Serantau Kebangsaan)

Dari kiri:  Cikgu Idris Shaffiee, Mohd. Khairy dan Pak Alang Hj. Suhaimi

Wakil-wakil KSG-PLKU seterusnya telah dijamu dengan juadah nasi lemak yang terkenal di bandar Kemaman pada malam tersebut sebelum bermalam di homestay yang cukup selesa yang telah siap ditempah oleh Cikgu Mohd. Soufi di Taman Perwaja, Kemaman.

Pada keesokan harinya, wakil-wakil KSG-PLKU telah berkesempatan pula untuk bertemu dan berbincang dengan Ayah Long Razali Bin Harun (Cikgu Pok Li) iaitu Timbalan Pengarah Majlis Gurulatih PSGSM Kebangsaan yang terkenal dengan kepantasan tendangan kaki beliau.

 Pak Alang Hj. Suhaimi dan Ayah Long Razali Bin Harun (Cikgu Pok Li - Timbalan Pengarah Majlis Gurulatih PSGSM Kebangsaan)

Selepas menjamu selera dengan makan tengahari, Cikgu Idris Shaffiee dan Ayah Long Cikgu Pok Li telah sempat bertukar-tukar cenderahati sebelum masing-masing mengucapkan selamat dan berpisah. 


Rombongan KSG-PLKU akhirnya bertolak meninggalkan bandar Kemaman pada jam 1.30ptg dan tiba di pusat latihan KSG-PLKU, Kajang Utama semula pada jam 7.00mlm. 

Harapan dan doa kami di KSG-PLKU ini semoga ikatan silaturrahim ini kekal terpelihara sampai bila-bila. InsyaAllah...

1 comment:

megat said...

syukur ke hadrat ilahi, mempertemukan kami, allah hu akbar.. gembira,sayu,kerinduan. ya allah jadikanlah pertemuan ini sebagai titik permulaan yang berpanjangan dalam mencari redha mu.. amin..