13/12/2012 (Khamis) - KSG-PLKU telah sekian kalinya dijemput oleh JKKN untuk mempersembahkan demonstrasi Silat Seni Gayong bagi memeriahkan lagi program Karnival Bakat MyGempak 2012 yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) dan Radio Televisyen Malaysia, Negeri Sembilan (RTM).
Team demo Silat Seni Gayong Malaysia
(KSG-PLKU) telah membuat persembahan demonstrasi Silat Seni Gayong Malaysia di
kawasan pentas/pameran di lobi Kompleks Penyiaran RTM, Negeri Sembilan di Sg. Gadut, Senawang, N.
Sembilan sempena Karnival Bakat MyGempak
JKKN/RTM.
Team demo KSG-PLKU telah membuat persembahan pada jam 4.30ptg dengan masa persembahan selama lebih kurang 15 minit.
Antara demonstrasi Silat Seni Gayong Malaysia KSG-PLKU yang dipersembahkan dalam program tersebut adalah seperti berikut:
- Seni Tari Solo - Cikgu Rashidah Mustafa (PLKU Dewasa)
- Pentas Pisau - Khairunnazrin dan Mohd. Khairy (UKM)
- Pentas Belantan - Hishamuddin dan Cikgu Rashidah (PLKU Dewasa)
- Pentas Keris - Mohd. Khuzaidi dan Wan Azman (UKM)
- Lompatan Anak Harimau - Halangan Anak Kambing, Rukuq dan Pagar
- Senaman/Gulongan 10 berkumpulan
Demonstrasi silat tersebut juga telah mendapat liputan media di mana team demo KSG-PLKU telah diminta untuk mempersembahkannya sekali lagi untuk disiarkan secara lintas langsung ke seluruh negara melalui Berita Jam 5 petang oleh RTM 1 pada hari yang sama.
Lintas langsung Berita Jam 5 RTM
Team demo KSG-PLKU ketika bersedia untuk lintas langsung Berita Jam 5, RTM
Team demo KSG-PLKU di lobi kompleks selepas persembahan
Bergambar kenangan bersama artis remaja Najwa Latif
2 comments:
aktif wan azman skang...hahaha
hehe.xde la.sikit2 je.
Post a Comment