Pada tanggal 1hb. Disember, 2012 (Sabtu) yg lalu, Kelab Silat Gayong PLKU
telah dianugerahkan sebagai pemenang kategori Pengurusan & Persatuan Sukan Terbaik didalam Majlis Anugerah Sukan Untuk Semua
(ASUS 2012), Kementerian Belia & Sukan Malaysia bagi peringkat Negeri Selangor yang telah berlangsung di Shah Alam, Selangor.
Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) merupakan satu pengiktirafan Kerajaan Malaysia kepada individu dan organisasi yang telah berjasa dan memberikan sumbangan yang cemerlang dalam pembangunan Sukan Untuk Semua. Jenis sukan yang diberi pengiktirafan ini merangkumi Sukan Kecergasan, Sukan Paralimpik, Sukan Rekreasi, Sukan Seni Mempertahankan Diri dan Sukan Tradisional.
Anugerah telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia Negeri
Selangor, Tuan Haji Makhruzi b. Haji Iksan kepada wakil KSG-PLKU iaitu Cikgu Aqtar Fariq Syahril Othman, Timbalan Pengerusi KSG-PLKU. Anugerah tersebut adalah berupa Sijil/Watikah Penganugerahan dan wang tunai sebanyak RM5000.00 (sebagai bentuk bantuan aktiviti kepada persatuan).
Cikgu Aqtar Fariq Syahril Othman juga telah mengetuai majlis dalam bacaan doa selamat sebelum program bermula. Majlis penyampaian anugerah tersebut juga telah dimeriahkan lagi dengan persembahan demonstrasi Silat Seni Gayong Malaysia oleh anak-anak gayong KSG-PLKU (UKM).
Tahniah kepada sekelian ahli-ahli pengurusan KSG-PLKU dan sekelian anak-anak gayong KSG-PLKU dari semua gelanggang (Awam, Montessori, SK, SMK, UNITEN, UKM, GMI, UC-Linton, IPIK, IPIS & Dewasa PLKU).
Kejayaan ini menuntut kita untuk bersama-sama berterusan berusaha mengekalkan prestasi dalam semangat kekeluargaan akrab sediada dan bersungguh-sungguh memartabatkan Silat Seni Gayong Malaysia melalui KSG-PLKU ke peringkat tertinggi tanahair & antarabangsa disamping menjadi contoh & tauladan yang baik kepada persatuan-persatuan silat lain di Malaysia ini. InsyaAllah. Amin.
2 comments:
Tahniah,semoga Silat Seni Gayong terus maju dan berkembang melalui PLKU.
Itulah komitmen bersama kita semua di KSG PLKU bro!
Post a Comment