UKMR Siri 2/2012 (PLKU/UKM/GMI) - Program Ujian Kemahiran Menembak RELA anjuran Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Gombak di Lapangsasar PDRM, Kuala
Kubu Baru telah berlangsung pada 24 & 25 Nov. 2012 yang lalu. Platun Silat Gayong RELA
Gombak PLKU telah turut serta dalam menjayakan program tersebut dengan disertai oleh seramai 21 orang anggota lelaki & wanita dari gelanggang utama KSG-PLKU, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (PSSGM-UKM), German-Malaysian Institute, Bangi (PSSGM-GMI) & Kolej Universiti Linton, Mantin, N. Sembilan.
Majlis penyampaian
hadiah & perasmian penutup program tersebut pada petang Ahad telah dilakukan oleh Ketua
Pengarah Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) sendiri iaitu Y.Bhg. Dato'
Mustafa bin Haji Ibrahim.
Platun Silat Gayong Rela Gombak PLKU juga
telah mempersembahkan demonstrasi Silat Seni Gayong Malaysia selepas
tamat latihan 4 (Rifle M16) yang dimulakan dengan kombinasi Tari Bunga Tanjong, Asas Gerakan Bahagian 4 & Gulongan 10. Demonstrasi
kemudian diteruskan lagi dengan persembahan Elakan Maut oleh Srikandi PLKU & UKM
dan diakhiri dengan demo pemecahan 2 lapis genting simen 6 penjuru oleh
Cikgu Idris Shafie
dari PLKU. Majlis kemudian diteruskan dengan acara penyampaian hadiah Ujian Kemahiran Menembak RELA Siri
2/2012 sejurus tamat persembahan demonstrasi oleh
Platun Silat Gayong Rela Gombak PLKU pada petang ahad tersebut. Pasukan
PLKU telah berjaya membawa pulang pingat Perak bagi acara Senjata Perseorangan
Rifle M16 bagi Kategori Melutut.
Sila lawat laman facebook https://www.facebook.com/gayong.plku untuk melihat foto-foto aktiviti.
No comments:
Post a Comment