Ujian Kemahiran Menembak RELA Gombak

UKMR Siri 2/2012 (PLKU/UKM/GMI) - Program Ujian Kemahiran Menembak RELA anjuran Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Gombak di Lapangsasar PDRM, Kuala Kubu Baru telah berlangsung pada 24 & 25 Nov. 2012 yang lalu. Platun Silat Gayong RELA Gombak PLKU telah turut serta dalam menjayakan program tersebut dengan disertai oleh seramai 21 orang anggota lelaki & wanita dari gelanggang utama KSG-PLKU, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (PSSGM-UKM), German-Malaysian Institute, Bangi (PSSGM-GMI) & Kolej Universiti Linton, Mantin, N. Sembilan.

Majlis penyampaian hadiah & perasmian penutup program tersebut pada petang Ahad telah dilakukan oleh Ketua Pengarah Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) sendiri iaitu Y.Bhg. Dato' Mustafa bin Haji Ibrahim.

Platun Silat Gayong Rela Gombak PLKU juga telah mempersembahkan demonstrasi Silat Seni Gayong Malaysia selepas tamat latihan 4 (Rifle M16) yang dimulakan dengan kombinasi Tari Bunga Tanjong, Asas Gerakan Bahagian 4 & Gulongan 10. Demonstrasi kemudian diteruskan lagi dengan persembahan Elakan Maut oleh Srikandi PLKU & UKM dan diakhiri dengan demo pemecahan 2 lapis genting simen 6 penjuru oleh Cikgu Idris Shafie dari PLKU. Majlis kemudian diteruskan dengan acara penyampaian hadiah Ujian Kemahiran Menembak RELA Siri 2/2012 sejurus tamat persembahan demonstrasi oleh Platun Silat Gayong Rela Gombak PLKU pada petang ahad tersebut. Pasukan PLKU telah berjaya membawa pulang pingat Perak bagi acara Senjata Perseorangan Rifle M16 bagi Kategori Melutut.

Sila lawat laman facebook https://www.facebook.com/gayong.plku untuk melihat foto-foto aktiviti.