Pertandingan Wajadiri Silat Seni Gayong Malaysia - Anjuran KSSGM UKM, PLKU. Tajaan KBS

Satu pertandingan wajadiri Silat Seni Gayong Malaysia telah dianjurkan secara kerjasama diantara gelanggang induk Kelab Silat Gayong PLKU dan gelanggang cawangannya, Kelab Silat Seni Gayong Malaysia UKM di Dewan Canselori Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Pertandingan juga telah mendapat bantuan tajaan daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Pejabat Belia dan Sukan, Daerah Hulu Langat, Selangor.

Pertandingan ini telah disertai oleh ahli-ahli KSG-PLKU yang melibatkan lebih kurang 130 orang kesemuanya dari gelanggang-gelanggang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada di bawah naungan KSG-PLKU. Antaranya:

          Gelanggang-gelanggang SMK (Putera / Puteri)
  1. SMK Tinggi Kajang, Kajang, Selangor
  2. SMK Abu Bakar Baginda, Bangi, Selangor
  3. SMK Taman Jasmin 2, Kajang Prima, Kajang, Selangor
  4. SMK Kajang Utama, Taman Kajang Utama, Kajang, Selangor
  5. SMK Miharja, Cheras, W. P. Kuala Lumpur.
  6. Gelanggang Taman Segaria, Cheras, W. P. Kuala Lumpur
  7. Ma'ahad Al-Abbasiyah, Sungkai, Perak

          Gelanggang-gelanggang IPT (Putera / Puteri)
  1. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor (UKM)
  2. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Selangor, Sg. Merab, Bangi, Selangor (IPIS)
  3. Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Cheras, W. P. Kuala Lumpur (IPIK)
  4. Kolej Universiti Linton, Mantin, Negeri Sembilan (KUL)
  5. German-Malaysian Institut (GMI)
  6. KSG-PLKU

Pertandingan telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang dengan beberapa kategori acara telah dipertandingkan, antaranya:

Bagi Peringkat SMK:
  1. Tari Bunga Tanjung Berkumpulan (3 orang sepasukan)
  2. Gerakan Golongan 21 Berkumpulan (3 orang sepasukan)
  3. Tempur Tangan Kosong (2 orang sepasukan)
  4. Acara Terbuka Lompatan Anak Kambing dan; Rukuk
Bagi Peringkat IPT:
  1. Tari Bunga Tanjung Berkumpulan (5 orang sepasukan)
  2. Gerakan Rajawali 27 Berkumpulan (3 orang sepasukan)
  3. Tempur Senjata (2 orang sepasukan)
  4. Acara Terbuka Lompatan Anak Kambing dan Rukuk
Majlis Perasmian Penutup Program dan penyampaian hadiah pada petang tadi telah di lengkapkan dengan penyampaian ucapan dan hadiah oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof. Ir.  Dr. Othman A. Karim dengan diiringi oleh Ketua Pusat Kebudayaan UKM, Drs Rafie Hj. Mohammad.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang!!!


6 comments:

TANPANAMA said...

salam. nak tanya,peserta paling muda umur berapa ya jika mau join gelanggang?tq

Hisham Hamid said...

Wasallam Kejora, sebenarnya tiada had umur yang kami tetapkan utk menyertai gelanggang kami. Tetapi haruslah had umur paling muda yang cukup munasabah dan selagi ianya wajar untuk seseorang itu menyertai. Bagi yang masih belum aqil baligh haruslah sentiasa ditemani oleh kedua ibubapa atau penjaga manakala bagi yang sudah aqil baligh, cukup waras & mempunyai kemudahan utk menghadiri sesi latihan maka bolehlah beliau menguruskan untuk datang sendiri ke setiap sesi latihan.

TANPANAMA said...

saya tinggal di masjid negara, sedang mencari gelanggang terdekat untuk menghantar anak lelaki saya berumur 6 tahun.boleh cadangkan gelanggang mana yang terdekat ya?terima kasih

Hisham Hamid said...

Hubungi Cikgu Zulkifly Md. Nur untuk urusan pendaftaran & latihan terhampir dgn kediaman Tuan iaitu Gelanggang PLKU Cheras di no. talian: 0136033478.

Unknown said...

Saya nk tanya ..... setiap hari apa belajar di UKM tu dan berapa bayaran nyr setiap bulan ..?? Tq

Unknown said...

Macam mana nak joint silat nie