Al-Fatihah Buat Allahyarham M. AlHafiz B. Zulkifly (KSG-PLKU)...


Salam buat semua anak-anak gayong KSG-PLKU,

Hari ini adalah merupakan suatu hari yang suram buat seluruh ahli-ahli KSG-PLKU kerana kita telah kehilangan seorang ahli senior KSG-PLKU.

Pada pagi ini, Allahyarham M. AlHafiz B. Zulkifly telah pulang ke Rahmatullah.

Sesungguhnya Allahyarham M. AlHafiz adalah merupakan seorang yang banyak menyumbang usaha dan waktu Allahyarham dalam perkembangan PLKU dan KSG-PLKU selama ini dan pemergian Allahyarham merupakan suatu kehilangan yang besar kepada kita semua di KSG-PLKU.

Marilah kita sama-sama sedekahkan pahala bacaan Surah Al-Fatihah kepada roh Allahyarham dan kita sama-sama panjatkan do'a kepada Allah Subhanahu wa ta'ala agar mencucuri rahmat yang besar ke atas roh Allahyarham.

Allah yang maha berkuasa dan lebih mengasihinya.

Al-Fatihah...


Pertandingan Wajadiri Silat Seni Gayong Malaysia - Anjuran KSSGM UKM, PLKU. Tajaan KBS

Satu pertandingan wajadiri Silat Seni Gayong Malaysia telah dianjurkan secara kerjasama diantara gelanggang induk Kelab Silat Gayong PLKU dan gelanggang cawangannya, Kelab Silat Seni Gayong Malaysia UKM di Dewan Canselori Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Pertandingan juga telah mendapat bantuan tajaan daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Pejabat Belia dan Sukan, Daerah Hulu Langat, Selangor.

Pertandingan ini telah disertai oleh ahli-ahli KSG-PLKU yang melibatkan lebih kurang 130 orang kesemuanya dari gelanggang-gelanggang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada di bawah naungan KSG-PLKU. Antaranya:

          Gelanggang-gelanggang SMK (Putera / Puteri)
  1. SMK Tinggi Kajang, Kajang, Selangor
  2. SMK Abu Bakar Baginda, Bangi, Selangor
  3. SMK Taman Jasmin 2, Kajang Prima, Kajang, Selangor
  4. SMK Kajang Utama, Taman Kajang Utama, Kajang, Selangor
  5. SMK Miharja, Cheras, W. P. Kuala Lumpur.
  6. Gelanggang Taman Segaria, Cheras, W. P. Kuala Lumpur
  7. Ma'ahad Al-Abbasiyah, Sungkai, Perak

          Gelanggang-gelanggang IPT (Putera / Puteri)
  1. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor (UKM)
  2. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Selangor, Sg. Merab, Bangi, Selangor (IPIS)
  3. Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Cheras, W. P. Kuala Lumpur (IPIK)
  4. Kolej Universiti Linton, Mantin, Negeri Sembilan (KUL)
  5. German-Malaysian Institut (GMI)
  6. KSG-PLKU

Pertandingan telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang dengan beberapa kategori acara telah dipertandingkan, antaranya:

Bagi Peringkat SMK:
  1. Tari Bunga Tanjung Berkumpulan (3 orang sepasukan)
  2. Gerakan Golongan 21 Berkumpulan (3 orang sepasukan)
  3. Tempur Tangan Kosong (2 orang sepasukan)
  4. Acara Terbuka Lompatan Anak Kambing dan; Rukuk
Bagi Peringkat IPT:
  1. Tari Bunga Tanjung Berkumpulan (5 orang sepasukan)
  2. Gerakan Rajawali 27 Berkumpulan (3 orang sepasukan)
  3. Tempur Senjata (2 orang sepasukan)
  4. Acara Terbuka Lompatan Anak Kambing dan Rukuk
Majlis Perasmian Penutup Program dan penyampaian hadiah pada petang tadi telah di lengkapkan dengan penyampaian ucapan dan hadiah oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof. Ir.  Dr. Othman A. Karim dengan diiringi oleh Ketua Pusat Kebudayaan UKM, Drs Rafie Hj. Mohammad.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang!!!