HIMPUNAN WAJADIRI PLKU

Himpunan Wajadiri PLKU dianjurkan oleh Persatuan Silat Seni Gayong German-Malaysian Institute (GMI), Persatuan Silat Seni Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) , Persatuan Silat Seni Gayong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Kelab Silat Gayong PLKU dan Rela Gombak. Himpunan Wajadiri PLKU akan diadakan pada 24 & 25 Mac 2012 bersamaan 1 &2  Jamadil Awal1433H.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi para pesilat dengan penganjuran seminar.
Selain itu, ia juga bertujuan mengumpulkan beberapa persatuan silat lain untuk mengadakan demonstrasi silat secara bersama. Program yang berbentuk fizikal pula merupakan satu kaedah untuk kita  membentuk generasi muda yang mencintai aktiviti yang sihat.

OBJEKTIF
  • Menyemarakkan program-program berkaitan belia
  • Meningkatkan motivasi pesilat-pesilat di kalangan mahasiswa university dan pelajar, sekolah menengah dan rendah.
  • Menggalakkan hubungan silaturrahim di kalangan persatuan-persatuan silat. 
  • Mewujudkan platform untuk belia mencintai aktiviti yang sihat
JADUAL PROGRAM
HARI PERTAMA - SABTU  24 MAC 2012
9.30pg - 12.30tgh
 Program :  Seminar Silat :  Silat Membina Sahsiah & Jatidiri
Tempat : German-Malaysian Institute,Bangi (GMI)
Penceramah : 
    a.  Pendita Mahaguru Prof. Dr.  Azlan Jumat Ghani
         Pengasas Silat Melayu Keris Lok 9 & Majalah Seni Beladiri
         Tajuk : Mendepani Cabaran Perjuangan Silat Melayu
    b.  Tuan Hj Shaharudin bin Abd Hamid - Pengarah Institut Kemahiran Mara
         Tajuk: "Membina Insan Berkualiti Cara Gayong"
    c.  Ustaz Abdullah bin Md Din -  Pengarah Bahagian Pendidikan Islam
         Tajuk : "Silat Memperkasa Jatidiri Bangsa"

2.00ptg- 5.00ptg
Program : Teknik Beladiri  
Tempat : Pusat Latihan Kajang Utama
 6.30ptg- 8.00mlm
Program : Doa Selamat & Tahlil Arwah
Tempat : Pusat Latihan Kajang Utama
 8.30mlm-12.30mlm
Program : Majlis Perasmian & Demonstrasi Silat. 
Tempat : Padang Awam Seksyen 2,Taman Kajang Utama
Dirasmikan oleh :
Dr. Shafie bin Abu Bakar
ADUN Bangi
Pengerusi Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)


HARI KEDUA - AHAD  25 MAC 2012
8.30pg- 12tgh
Program : Sendo PLKU
Tempat : Pusat Latihan Kajang Utama 
 8.30pg- 12tgh
Program : Majlis Penutup.
Tempat : Padang Awam Seksyen 2,Taman Kajang Utama

Orang ramai dijemput menyertai acara yang dijalankan. Penyertaan adalah terbuka.
Makanan dan minuman percuma disediakan.

Pamplet Himpunan Wajadiri PLKU

AKAN DATANG : Himpunan Wajadiri PLKU 24-25 MAC 2012

Kami di PLKU dengan rasa rendah diri, amat berbesar hati menjemput sekalian gurulatih-gurulatih Gayong, anak-anak Gayong, sahabat-sahabat persilatan lain & sahabat-sahabat FB dari seluruh pelusuk negara untuk menghadirkan diri pada acara yang akan berlansung ini nanti. Semoga kehadiran anda nanti akan dapat mengeratkan lagi ukhwah kita sesama agama, sesama insan, sesama bangsa & negara tercinta juga menambah imarah kepada majlis tersebut. InsyaAllah..

We at PLKU, with great honour & pleasure; invites all Gayong's gurulatihs, Gayong practitioners, members from other silat organisations & all our FB friends to attend this upcoming event. Our wish for your presence then would create greater friendship/ukhwah amongst Muslims & amongst citizen of this beloved country. InsyaAllah..