Gelanggang German-Malaysian Institute akan menganjurkan karnival sukan seperti berikut:-
Tarikh : 5 Mac 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Kompleks Sukan
German-Malaysian Institute
Jalan Ilmiah, Taman Universiti
43000 Kajang, Selangor
Tajuk : TRADISI MELAYU, WARISAN BANGSA
Karnval Sukan Tradisional yang dianjurkan oleh Persatuan-Persatuan Seni Silat Malaysia, GMI ini merupakan projek julung kali pertama yang akan dijalankan. Projek ini diadakan atas dasar tanggungjawab dan kesedaran penuntut-penuntut terhadap kebudayaan Melayu yang kian pupus ditelan arus zaman dan semakin terpinggir, justeru dengan adanya karnival ini dapatlah kita memperkenalkan kepada masyarakat terutamanya generasi masa ini tentang permainan tradisional yang pernah popular pada suatu ketika dahulu di bumi bertuah ini. Dengan permainan-permainan tradisional akan terus kekal dibawa arus zaman.
Selain membuka minda mahasiswa dan masyarakat mengenai kepentingan permainan tradisional dan keunikannya, karnival ini juga dapat mewujudkan semangat cintakan budaya bangsa disamping memupuk semangat kesukanan dan ukhwah.
No comments:
Post a Comment