Kursus Peningkatan Pelajaran & Kemahiran Ahli IPT & Serikandi

Kelab Silat Gayong PLKU akan menganjurkan kursus bagi gelanggang IPT dan Serikandi seperti berikut:-

Tarikh               :   13 Mac 2011 (Ahad)
Masa                :   9.00 pagi
Tempat             :   Pusat Latihan Gayong Kajang Utama
Bayaran            :   RM20.00
Bengkong         :   Pelangi Hijau ke atas
Tujuan              :   Peningkatan pelajaran dan kemahiran

Sila sahkan kehadiran anda.

Karnival Sukan Tradisional Persatuan-Persatuan Seni Silat Malaysia, GMI

 

Gelanggang German-Malaysian Institute akan menganjurkan karnival sukan seperti berikut:-

Tarikh        :    5 Mac 2011 (Sabtu)
Masa         :    8.00 pagi

Tempat      :    Kompleks Sukan

                      German-Malaysian Institute
                             Jalan Ilmiah, Taman Universiti
                      43000 Kajang, Selangor

Tajuk         :    TRADISI MELAYU, WARISAN BANGSA

Karnval Sukan Tradisional yang dianjurkan oleh Persatuan-Persatuan Seni Silat Malaysia, GMI ini merupakan projek julung kali pertama yang akan dijalankan.  Projek ini diadakan atas dasar tanggungjawab dan kesedaran penuntut-penuntut terhadap kebudayaan Melayu yang kian pupus ditelan arus zaman dan semakin terpinggir, justeru dengan adanya karnival ini dapatlah kita memperkenalkan kepada masyarakat terutamanya generasi masa ini tentang permainan tradisional yang pernah popular pada suatu ketika dahulu di bumi bertuah ini.  Dengan permainan-permainan tradisional akan terus kekal dibawa arus zaman.


Selain membuka minda mahasiswa dan masyarakat mengenai kepentingan permainan tradisional dan keunikannya, karnival ini juga dapat mewujudkan semangat cintakan budaya bangsa disamping memupuk semangat kesukanan dan ukhwah.