Tawaran menjadi Ahli Kehormat Kelab Silat Gayong PLKU


Kami dengan segala hormatnya menjemput saudara/saudari ahli-ahli Gayong seMalaysia untuk menyertai kami sebagai Ahli Kehormat. Ahli Kehormat ialah ahli Gayong yang tidak turun berlatih di PLKU atau mana-mana gelanggang PLKU.

Tujuan tawaran ini adalah untuk mengajak saudara/saudari bersama kami memperjuangkan dan memartabatkan seni silat warisan Melayu terutamanya Silat Seni Gayong..

Visi kami adalah untuk melahirkan seberapa ramai gurulatih-gurulatih Silat Seni Gayong yang berwibawa dan kami juga mahu menjadikan Kelab Silat Gayong PLKU ini sebagai satu pusat latihan Silat Seni Gayong yang lengkap dari segi kegurulatihan, pengurusan dan sumber maklumat.

Selain dari itu objektif PLKU adalah:-

1)    Melahirkan barisan gurulatih yang mantap,
2)    Menjadi gelanggang awam,
3)    Tempat bermesyuarat,
4)    Tempat pengurusan Gayong bagi gurulatih di bawah PLKU,
5)    Tempat mengadakan kursus,
6)    Tempat penginapan rombongan Gayong dari luar,
7)    Tempat persaudaraan Gayong.

Siapa yang boleh menjadi Ahli Kehormat

Individu-individu yang pernah berjasa kepada Kelab atau individu-individu berusia 18 tahun ke atas yang boleh / ingin memberi sumbangan kepada Kelab.  Ahli Kehormat boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan sebagai pemerhati tetapi tidak berhak mengundi dan diundi.

Syarat untuk menjadi Ahli Kehormat

Semua permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi borang atau maklumat online dan dikemukakan kepada Setiausaha.  Perlantikan untuk menjadi Ahli Kehormat adalah tertakluk kepada kelulusan dan bidang kuasa Kelab.

Keistimewaan dan Hak Ahli Kehormat

1    Tiap-tiap Ahli Kehormat dibenarkan menyertai dalam segala kegiatan yang dianjurkan oleh Kelab ini.

2.    Semua ahli berhak menggunakan kemudahan dan premis Kelab melalui kaedah yang ditetapkan.

3.    Setiap Ahli Kehormat akan dibantu oleh Kelab sedaya yang mampu.

4.    Mengeratkan persaudaraan kita saudara seGayong.

5.    Setiap Ahli Kehormat akan ditawarkan latihan pakej mengikut syarat dan kemampuan masing-masing.

Mereka yang berminat untuk menjadi ahli penuh Kelab juga dialu-alukan.

7 comments:

SH said...

Boleh saya tahu cara untuk memohonnya atau boleh mendapatkan borang secara online? atau mungkin boleh emailkan saya: shamsbangi@gmail.com

PLKU said...

Cg Sham, nanti Setiausaha PLKU akan hubungi Cg.

fendy said...

Salam, Saya teringin untuk membelajari ilmu silat Gayong ni, bagaimane caranye? saya tinggal di cheras, ade tak gelanggang dekat cheras? Berapa umur yang sesuai untuk menyertai silat gayong? sekarang saya telah pun berumur 33 Tahun.. Sila hubungi saya di email..fendx2@yahoo.com.sg

Hisham Hamid said...

Salam Fendy, umur bukan ukuran atau penghalang untuk kita menambah ilmu.

Gelanggang kami di Cheras ialah:
Taman Segar Ria, Cheras, Kuala Lumpur
Jadual Latihan: Jumaat (9.00pm-11.00pm)
Gurulatih: Cikgu Zulkifli Muhd. Nur

Sila Hubungi Cikgu Idris atau Cikgu Shidah sekiranya berminat mendaftar.

Anonymous said...

salam.
adakah hanya ahli gayong sahaja yang boleh mendaftar untuk menjadi ahli kehormat?
terima kasih.

Hisham Hamid said...

Tidak semestinya. Sila berhubung dengan Cg Syidah utk penjelasan lebih terperinci..

Burgers Recipes said...

Thanks for writinng