Pertukaran Tarikh Kursus Menembak RELA-PSSGM

Kursus menembak RELA-PSSGMyang dijadualkan berlangsung pada 24 & 25 April ini di Kuala Kubu Bharu terpaksa dianjakkan sehari lebih awal, dan kini akan dilangsungkan pada Jumaat 23 April dan Sabtu 24 April, 2010.

Pertukaran ini adalah diatas arahan KDN, untuk mengelakkan pertembungan dengan pilihanraya kecil parlimen kawasan  P94 Hulu Selangor, yang akan diakan pada hari Ahad 25 April, dimana pakan Kuala Kubu Bharu adalah pusat pengiraan undi untuk kawasan P94.

Bagi mereka yang telah memberi nama dan membuat bayaran, pihak RELA amnya, dan PLKU khasnya, memohon maaf diatas pertukaran ini. Sekiranya anda tidak dapat mengikuti kursus menembak ini, jangan bimbang, pihak RELA telah memaklumkan bahawa satu lagi kursus menembak akan diadakan pada bulan Disember 2010 ini, dan mereka yang telah memberi nama dan telah membuat bayaran tetapi tidak dapat hadir akan dibenarkan untuk mengikuti kursus menembak bulan Disember 2010 nanti secara percuma.

Untuk makluman lanjut, sila hubungi Cikgu Idris.

3 comments:

SH said...

boleh join training menembak ke?

JH said...

Salam, Cg. Sham. Kalu nak join menembak bulan Disember ni, memang kami alu-alukan. Telefon Cg Idris untuk mendaftar kay.

SH said...

INsyaAllah. Saya tak pernah pakai benda tu. Saja nak mencuba. Nanti saya contact.