Program Gotong-Royong Membersihkan PLKU

Satu program gotong-royong akan dijalankan untuk membersihkan PLKU dan kawasan sekelilingnya. Program adalah seperti berikut:

Tarikh: 2 Mei 2010 (Ahad)
Masa: Lepas solat Asar (lebih kurang 5pm)
Makanan: Pot-Luck. (Air disediakan)

Semua dijemput hadir. Lagi ramai lagi meriah.

Pembatalan Kursus Menembak RELA-PSSGM

TERKINI! Atas arahan daripada KDN dan pihak SPR, kursus menembak yang dijadualkan pada 23 - 24 Aprill ini terpaksa dibatalkan.

Ini adalah untuk mengelakkan berlaku salah faham dan kekecohan semasa pilihanraya kecil parlimen P94 Hulu Selangor nanti.

PLKU dan pihak RELA memohon maaf diatas penangguhan ini. Insyallah, kursus menembak pada bulan Disember ini masih diteruskan.

Update: Organisasi PLKU dan senarai Gelanggang

Organisasi Jawatankuasa Kelab Silat Gayong PLKU bagi sessi 2010/2011 dan senarai gelanggang bertauliah dibawah PLKU kini telah dikemaskinikan dengan maklumat terbaru.

Tawaran menjadi Ahli Kehormat Kelab Silat Gayong PLKU


Kami dengan segala hormatnya menjemput saudara/saudari ahli-ahli Gayong seMalaysia untuk menyertai kami sebagai Ahli Kehormat. Ahli Kehormat ialah ahli Gayong yang tidak turun berlatih di PLKU atau mana-mana gelanggang PLKU.

Tujuan tawaran ini adalah untuk mengajak saudara/saudari bersama kami memperjuangkan dan memartabatkan seni silat warisan Melayu terutamanya Silat Seni Gayong..

Visi kami adalah untuk melahirkan seberapa ramai gurulatih-gurulatih Silat Seni Gayong yang berwibawa dan kami juga mahu menjadikan Kelab Silat Gayong PLKU ini sebagai satu pusat latihan Silat Seni Gayong yang lengkap dari segi kegurulatihan, pengurusan dan sumber maklumat.

Selain dari itu objektif PLKU adalah:-

1)    Melahirkan barisan gurulatih yang mantap,
2)    Menjadi gelanggang awam,
3)    Tempat bermesyuarat,
4)    Tempat pengurusan Gayong bagi gurulatih di bawah PLKU,
5)    Tempat mengadakan kursus,
6)    Tempat penginapan rombongan Gayong dari luar,
7)    Tempat persaudaraan Gayong.

Siapa yang boleh menjadi Ahli Kehormat

Individu-individu yang pernah berjasa kepada Kelab atau individu-individu berusia 18 tahun ke atas yang boleh / ingin memberi sumbangan kepada Kelab.  Ahli Kehormat boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan sebagai pemerhati tetapi tidak berhak mengundi dan diundi.

Syarat untuk menjadi Ahli Kehormat

Semua permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi borang atau maklumat online dan dikemukakan kepada Setiausaha.  Perlantikan untuk menjadi Ahli Kehormat adalah tertakluk kepada kelulusan dan bidang kuasa Kelab.

Keistimewaan dan Hak Ahli Kehormat

1    Tiap-tiap Ahli Kehormat dibenarkan menyertai dalam segala kegiatan yang dianjurkan oleh Kelab ini.

2.    Semua ahli berhak menggunakan kemudahan dan premis Kelab melalui kaedah yang ditetapkan.

3.    Setiap Ahli Kehormat akan dibantu oleh Kelab sedaya yang mampu.

4.    Mengeratkan persaudaraan kita saudara seGayong.

5.    Setiap Ahli Kehormat akan ditawarkan latihan pakej mengikut syarat dan kemampuan masing-masing.

Mereka yang berminat untuk menjadi ahli penuh Kelab juga dialu-alukan.

Pertukaran Tarikh Kursus Menembak RELA-PSSGM

Kursus menembak RELA-PSSGMyang dijadualkan berlangsung pada 24 & 25 April ini di Kuala Kubu Bharu terpaksa dianjakkan sehari lebih awal, dan kini akan dilangsungkan pada Jumaat 23 April dan Sabtu 24 April, 2010.

Pertukaran ini adalah diatas arahan KDN, untuk mengelakkan pertembungan dengan pilihanraya kecil parlimen kawasan  P94 Hulu Selangor, yang akan diakan pada hari Ahad 25 April, dimana pakan Kuala Kubu Bharu adalah pusat pengiraan undi untuk kawasan P94.

Bagi mereka yang telah memberi nama dan membuat bayaran, pihak RELA amnya, dan PLKU khasnya, memohon maaf diatas pertukaran ini. Sekiranya anda tidak dapat mengikuti kursus menembak ini, jangan bimbang, pihak RELA telah memaklumkan bahawa satu lagi kursus menembak akan diadakan pada bulan Disember 2010 ini, dan mereka yang telah memberi nama dan telah membuat bayaran tetapi tidak dapat hadir akan dibenarkan untuk mengikuti kursus menembak bulan Disember 2010 nanti secara percuma.

Untuk makluman lanjut, sila hubungi Cikgu Idris.

Skin Persona Firefox - siri Gayong Warrior

Skin persona terbaru yang direkaciptaka oleh PLKU, khas untuk pengguna firefox. Siri Gayong Warrior adalah berlatarbelakangkan warna hitam, dengan aksi pesilat PLKU yang pasti membuat browser Firefox anda nampak lebih gah.

Cara nak apply - cuma click sahaja, dan anda akan dibawa ke webpage personas, dan secara automatik, akan terus preview secara live:

1. Gayong Warrior - Keris


2. Gayong Warrior - Spear


3. Gayong Warrior - Fight

Belum menggunakan Firefox? Download Firefox disini

Skin Persona Silat Firefox

Khas untuk pengguna browser Firefox. Hiasi Firefox anda dengan skin persona silat melayu yang direkacipta khas oleh PLKU.

1. persona Gayong Fighter


2. persona Keris Melayu



Belum menggunakan Firefox? Download Firefox disini