Kursus Menembak RELA - PSSGM 2009

UPDATE: Pendaftaran kursus menembak RELA-PSSGM dilanjutkan sehingga Sabtu, 3 April 2010. Mereka yang berminat sila hubungi Cikgu Idris secepat mungkin.

Kursus Asas Kemahiran Menembak RELA akan diadakan pada 24 & 25 April 2010, bertempat di Padang Tembak PDRM, Kuala Kubu Bahru, Selangor.

Pasukan PLKU masih mempunyai tempat kosong. Jadi sesiapa yang berminat untuk turut serta, sila hubungi Cikgu Idris di no telefon 012 321 5468 sebelum 30 Mar 2010.



Bayaran yang dikenakan amat berpatutan, iaitu sebanyak RM50 (kos peluru) dan RM30 (kos penginapan / makan).

Apa yang best nyer... kita bole menembak senjata M16, senjata pumpgun dan pistol (jenis Glock). Lepas tembak gerenti tak puas nyer.

Nak tau best ke dak, tengok gambar kitorang masa menembak tahun lepas....






Rugi tak join. Amacam, ada minat??? Call sekarang..

12 comments:

JH said...

Insyallah. Tahun ni mesti join.

PLKU said...

Ya. Tahun ini PLKU akan jadi Juara he he

3viL X eIjI said...

salam

Ade aweks ke?gerenti join...hehehe.

JH said...

Huk alohhh.. pasal duk aim aweks, nanti tembak tak kena target ekekeke

Wan J said...

sorry la kali ni x dpt join, bz uruskan anak yg baru lahir 8 Mac ari tu, mcm2 urusan, insyaAllah next time join kot, juara ke x, x kisah la, yg penting kalau ada demo di hujung nye tu, buat cun punya aaa!

Next-G said...

isk2 eiji....menggatal je kejenyer...hehehe....bawak bertaubat eiji...repot kat ayah mentua nanti....

3viL X eIjI said...

salam

Uiks?jadi tempat komen personal plak.jgn gitu pewarisgayong.hehe

Insyallah sy join.leh tambah skill main paintball nnt.

bagus gak kan klu cikgu idris leh tubuhkan team paintball PLKU..hehe..

p/s: semoga trus maju PLKU.

JH said...

Bagus... bagus! Lagi ramai lagi bagus. Ada geng masa menembak nanti. Meriah tu.

wei eiji, kalu ko turun PLKU sabtu ni, tolong download Call of Duty: Modern Warfare 2 sat. Besar sgt saiz, mau amik seminngu lebih kalu dl kat umah.

tuah setia said...

nak g x g,nak g x g...

3viL X eIjI said...

salam

insyallah.hehe.

Wan J said...

salam sahabat semua

semalam...kebetulan saya pulang dari kg isteri saya di Sg. Besar, atas permintaan Cikgu idris,
saya singgah di Kuala Kubu Baru untuk intai2 kalau ada peluang dapatkan penginapan untuk mereka yang hendak pergi menembak nanti, setakat petang semalam, hasil lawatan ke beberapa pusat penginapan (hotel/resthouse dsb), tiada kekosongan, kerana semuanya penuh disebabkan tempahan sempenan musim pilihanraya Hulu Selangor, semua rumah rehat/hotel ini ditempah mulai 13 - 25/4

maka...
ada kebarangkalian rakan2 kita yang pergi menembak ni akan berkhemah la agaknya....hehehe

saya juga ada cakap dengan Cikgu Idris
saya risaukan rakan2 kita yang akan pergi menembak ni
memandangkan kawasan Kuala Kubu Baru ni tengah hangat dengan serangan H1N1

cuba rujuk arkib berita ni

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/H1N1kembaliganas/Article/

Cikgu Idris berjanji akan semak dengan pihak RELA tentang perkara ini
dan sejauh mana langkah pencegahan dapat diambil

pesanan saya....
jaga diri baik2
kalau perlu
menembak sambil pakai topeng muka le....hehehe

Wan J said...

ni satu lagi artikel

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/H1N1masihterkawal/Article/