Pelancaran Briged Muda RELA Gombak, Selangor

Pada 31 Oktober 2010 yang lalu, Kelab Silat Gayong PLKU telah menghantar seramai 30 ahli yang berumur diantara 16 tahun ke 35 tahun ke Pelancaran Briged Muda (RELA) di Dewan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Batu 12, Gombak, Selangor. Pelancaran ini dirasmikan oleh Pengarah RELA Selangor dan penutup majlis oleh Datuk Hj. Said Anuar bin Said Ahmad (DPSM) selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak merangkap Penyelaras DUN Gombak Setia.. PLKU selain dari menjadi antara perintis Super Combat Gayong-RELA, PLKU juga adalah antara perintis dalam Briged Muda (RELA) ini.


Untuk pengetahuan kita bersama, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menetapkan beberapa program (termasuk Briged Muda) bagi meningkatkan jumlah penyertaan masyarakat dalam Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) sebagai benteng pertahanan Negara dan memberi khidmat sosial demi kepentingan Negara.


Anggota RELA adalah diberi kuasa:-


Apabila dibenarkan oleh pihak berkuasa yang layak, membawa senjata termasuk senjata api dan menggunakannya bagi melaksanakan kewajipan-kewajipan. Tanpa mengurangkan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, menangkap tanpa waran seseorang pengganas atau seseorang yang tidak diingini atau mana-mana orang yang ia ada sebab yang munasabah bagi mempercayai sebagai seorang tidak diingini dan membawa dengan serta merta pengganas atau kepada pegawai polis yang hampir atau seseorang anggota pasukan keselamatan.

Gambar-gambar majlis & acara



Pendaftaran

Sesi penerangan & taklimat oleh Tuan Jaafar (Ketua Pegawai RELA Gombak)

Antara ahli PLKU yang hadir

Bersiap sedia untuk Jungle Tracking

Remaja-remaja Senior PLKU

Jungle Tracking



Antara Urusetia RELA Gombak yang memantau

Ahli-ahli remaja PLKU

Ahli-ahli Remaja Senior PLKU yang turut serta

Ujian Kenaikan Bengkong Gelanggang UKM, UNITEN, Kolej Matrikulasi UIA Nilai & Kolej Legenda, Mantin


Pada hari Ahad 17/10/2010, PLKU telah menganjurkan Ujian Kenaikan Bengkong bagi pelajar-pelajar dari Gelanggang UNITEN (Gurulatih: Cikgu Aqtar Fariq), Kolej Matrikulasi UIA Nilai (Gurulatih: Cikgu Ahmad Muzammel ,Gelanggang Kolej Legenda, Mantin (Gurulatih: Cikgu Haron Togimin) dan Gelanggang UKM (Gurulatih: Cikgu Idris Shafie).  Seramai 41 peserta telah menyertai ujian kenaikan bengkong ini


Ujian Kenaikan Bengkong ini diadakan bagi mengukur nilai kemampuan pesilat yang tidak dapat mengikuti Ujian Kenaikan Bengkong Berpusat PLKU yang telah diadakan pada 1 Ogos 2010 yang lalu.  Di harap dapat meningkatkan semangat pesilat serta menambah motivasi pesilat melalui peningkatan bengkong ini.

International Student - Silat Seni Gayong Malaysia Grading at Gelanggang PLKU-UKM


Pada petang Jumaat 15/10/2010 yang lalu, PLKU telah menganjurkan Ujian Kenaikan Bengkong bagi pelajar-pelajar antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (UKM) yang mengambil aktiviti Silat Seni Gayong Malaysia sebagai matapelajaran ko-kurikulum mereka.


Seramai 35 pelajar dari Negara China & 3 pelajar dari Arab Saudi terlibat dalam ujian tersebut. Ujian yang dijalankan adalah juga bertujuan untuk pemberian markah aktiviti ko-kurikulum pelajar UKM Semester I Sesi Akademik 2010-2011.

Gambar-gambar sekitar sesi ujian tersebut

Sesi dikendalikan oleh dua AJK PLKU - Cikgu Syidah & Hisham Hamid

Aksi pelajar-pelajar dari Negara China

Pergerakan yang bersungguh-sungguh


Ujian Tenggiling & Lompatan
Ujian subjektif pemahaman & sejarah Silat Seni Gayong Malaysia


Demo penerimaan bengkong oleh Cikgu Idris & Cikgu Haron

Penyampaian bengkong kepada pelajar dari Arab Saudi

Penyampaian bengkong kepada pelajar dari Negara China

Penyampaian bengkong kepada pelajar dari Negara China

Kursus Menembak Bulan Disember

PLKU sekali lagi akan menghantar satu pasukan untuk kursus menembak RELA Daerah Gombak pada bulan Disember 2010 nanti. Maklumat kursus adalah seperti berikut:

Tarikh: 18 - 19 Disember (Sabtu & Ahad)
Tempat: Padang Tembak PDRM Kuala Kubu Bharu
Bayaran: RM80 (peluru + makan + penginapan)
Agenda: Latihan menembak rifel Colt M-16, 12-gauge Winchester pumpgun dan pistol 9mm Glock 19.

Semua ahli Gayong yang berminat dijemput menyertai kami. Tarikh tutup bagi mereka yang berminat ialah minggu pertama bulan November. Untuk mendaftar, sila hubungi Cg Idris.

Dalam era moden sekarang ini, pesilat perlu memahirkan diri dan menguasai pelbagai jenis senjata. Salah satu senjata yang perlu semua pesilat mahirkan diri ialah senjata api moden. Senjata api moden adalah sangat berleluasa dari segi penggunaan, terutama oleh anasir-anasir jahat ynag sentiasa mensasarkan kita. Oleh itu rebutlah peluang ini kerana tatkala malapetaka menimpa nanti, kita sebagai pahlawan Melayu tak akan kekok dan gusar apabila berdepan dengan musuh yang mengguna senjata api moden.

Antara gambar-gambar kenangan pada UKM-RELA July 2009:

















Jamuan Aidil Fitri PLKU 2010

Semalam, Ahad 3hb. Oktober, 2010 PLKU telah mengadakan satu majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri bertempat di premis PLKU di Kajang Utama, Kajang, Selangor. Majlis telah berlangsung mulai jam 12.00 pm dan berakhir pada jam 5.00 pm.

Ramai yang hadir dan bersama-sama membawa bermacam juadah untuk dinikmati beramai-ramai. Terima kasih di atas kesudian hadir semua tetamu jemputan dan juga semua yang terlibat dalam menjayakan dan memeriahkan lagi majlis sambutan Hari Raya ini.

Mohon maaf lahir & batin di atas segala salah & dosa seandainya ada.

InsyaAllah berjumpa lagi kita pada Aidi Fitri tahun hadapan 2011.. semoga Allah panjangkan umur kita masing-masing.

Gambar-gambar Sekitar Perdana Gayong 2010

From Kelab Silat Gayong PLKU

From Perdana Gayong 2010

From Perdana Gayong 2010

From Perdana Gayong 2010

From Perdana Gayong 2010

From Perdana Gayong 2010

From Perdana Gayong 2010

From Perdana Gayong 2010

From Perdana Gayong 2010

From Perdana Gayong 2010

Perhimpunan Perdana Gayong - Dato' Seri Najib disandang Imam Khalifah Agung PSSGM


2hb. Oktober, 2010

PM terharu, anggap anugerah Silat Seni Gayong suatu penghormatan besar


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak pada Sabtu lepas menerima penganugerahan Sandang Mahkota Agung Seri Bintang Pelangi Imam Khalifah Agung Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Kebangsaan.

Sandang kebesaran itu tergolong dalam susunan Sandang Kehormat di mana ia hanya dianugerahkan kepada Raja-Raja Melayu, pemimpin tertinggi negara atau negeri bagi melambangkan ketaatan murid dan ahli Silat Seni Gayong kepada kepemimpinan mahu pun kedau-latan negara.

Perdana Menteri berkata, beliau berasa amat terharu dan menyifatkannya sebagai satu penghormatan sangat besar kepada dirinya. “Jika saya dengan izin Allah dapat menjejak langkah Allahyarham ayahanda saya (Tun Abdul Razak Hussein) sebagai Perdana Menteri Malaysia, maka hari ini saya menjejak langkahnya untuk dinobatkan sebagai Imam Khalifah Agung PSSGM Kebangsaan.

“Ini adalah suatu amanah penting yang saya pikul. Mudah-mudahan saya dapat menyumbang kepada kejayaan PSSGM pada masa akan datang. Saya ingin melihat Gayong Malaysia terus maju dan berjaya,” katanya berucap merasmikan Majlis Perdana Gayong PSSGM dan Sambutan Hari Raya bersama Perdana Menteri serta penganugerahan sandang kebesaran itu di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Penaung Agung PSSGM Kebangsaan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Yang Dipertua PSSGM, Datuk Adiwijaya Abdullah.

Dalam pada itu, Najib berkata, kehadirannya ke majlis berkenaan adalah sebagai pengiktirafan kerajaan terhadap PSSGM yang sudah banyak berjasa dalam usaha bersama membangunkan negara ini.

“Melihat anak-anak muda di hadapan saya yang berbaju hitam di atas padang ini, seolah-olah saya berhadapan dengan sebuah angkatan anak Melayu yang bersedia menghadapi apa juga rintangan yang mungkin mencabar kedaulatan negara kita.

“Saya menganggap Silat Seni Gayong sebagai satu daripada angkatan penting dalam struktur pertahanan negara. Jika Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia menjadi barisan pertama dan Askar Wataniah barisan kedua, maka ahli Gayong bolehlah dianggap sebagai barisan ketiga yang sanggup menyumbang bukan saja kudrat dan tenaga, hatta nyawa sekali pun sekiranya negara kita diserang musuh durjana.

“Semangat seperti inilah yang saya anggap sebagai satu nilai amat baik dan positif yang dapat kita pupuk melalui pembabitan dalam PSSGM. Semangat seperti ini bukan bertujuan untuk kita mengancam sesiapa atau melakukan provokasi terhadap mana-mana pihak. Nilai seperti ini adalah penting untuk kita membina dan memupuk kekuatan dalaman, khususnya kepada bangsa Melayu,” katanya.

Beliau berkata, kekuatan dalaman menuntut pengamal silat itu menghayati serta mengamalkan nilai sejati yang sinonim dengan warisan pusaka PSSGM.

Jemputan ke rumah terbuka PLKU


Bermadah dan berpena, walaupun bukan berkajang
Dari jauh kata bersahut, sesama Gayong kita bermajlis


Majlis rumah terbuka dan jamuan Hari Raya PLKU akan diadkan pada hari Ahad, 3 Oktober 2010 daripada pukul 12 tgh - 5 ptg.
Semua ahli Gayong dan keluarga serta sahabat handai di jemput hadir untuk meramaikan dan memriah kan majlis.